Sengaja aku tukarkan template OPK untuk memutihkan kembali mata-mata pembaca setia & jugak pengutuk setia yang selalu singgah di OPK ni.. Maaf atas kelewatan kami untuk memberikan berita terkini berkaitan apa yang berlaku di UMS dan juga sekitar pergerakan mahasiswa di UMS.. Kesemua kru OPK amat sibuk dengan hal masing-masing.Diharapkan dengan template baru OPK ni akan memberikan kami lebih semangat untuk memberikan anda berita terkini & mampu memberikan anda satu anjakan yang baik untuk difikirkan dalam meneruskan perjuangan di UMS tercinta.Sekian buat masa in...
Bertindaklah, jangan sekadar cakap sahaja..


Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri. Kalau apa yang kita fikirkan itu betul, kita ambillah tindakan dan berjuanglah sehingga ke akhirnya. Ini tidak, cakap, cakap dan cakap takkan ke mana pun.Memang diakui, terdapat perbezaan pendapat yang ketara dalam isu FFM ni. Team OPK sendiri mungkin ada yang bercanggah pendapat seperti mana yang dikomen oleh saudara nurilhakim. Tapi soal dia, bukanlah wujudnya perbezaan tersebut. Hakikatnya, manusia memang rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Jadi janganlah terkejut kalau terdapat perbezaan pendapat antara kita. Masing2 ada hujah dan pendapat masing2 kan?Kalau betul2 tidak bersetuju dengan FFM ni, berusahalah untuk menghalangnya. Kalau berdasarkan sejarah lalu, memang sukar untuk mengubah sesuatu keputusan yang telah diambil oleh pihak pentadbiran tertinggi UMS. Jadi kepada rakan2 yang tidak menyokong FFM ini, dicadangkan supaya berusahalah...

Festival Filem Malaysia di UMS??



Ini satu berita yang baik!!!Festival Filem Malaysia dikhabarkan akan diadakan di tempat kita.. UMS dikatakan akan masuk ke dimensi baru bila mana UMS akan menjadi lokasi FFM diadakan..Ini sudah bagus...Berikut aku senaraikan kelebihan yang akan didapati oleh UMS sekiranya UMS menjadi hos untuk FFM....1. Kita kena tengok aspek pembangunan untuk Sekolah Pengajian Seni. Sekurang-kurangnya segala aktiviti kesenian yang dijalankan di SPS, UMS ini akan diberi perhatian. Idea & karya yang dikeluarkan oleh mahasiswa mahupun kajian yang dibuat selepas ni pasti akan mendapat tempat di peringkat yang lebih tinggi.2. DANA... Jangan terkejut sekiranya selepas ni, pihak SPS akan mendapat dana tambahan dari pihak FINAS untuk tujuan pembangunan idea kreatif di bidang perfileman & kesenian negara.Apa...

Pelajar Kecewa di Berita Harian 26 Mac 2009



Perkhidmatan bas, kakitangan UMS kurang memuaskanSEBAGAI penuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS), saya ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan segelintir kakitangan UMS. Segala-galanya bermasalah, bermula daripada isu kakitangan UMS yang tidak berada di pejabat pada waktu yang sepatutnya hinggalah ke perkhidmatan pengangkutan bas ke kampus yang lambat dan tidak menepati jadual yang ditetapkan.Pada 24 Mac lalu, saya mempunyai urusan mustahak di Bahagian Hal Elwal Pelajar (HEP) dengan kadar segera. Saya ke pejabat HEP tetapi diminta menunggu di luar pejabat kerana pegawai yang hendak saya bertemu tiada keluar.Hampir dua jam menunggu, kelibat pegawai itu tidak muncul. Apabila ditanya kepada pegawai yang bertugas, mereka pun tidak tahu dan...

Subscribe to:
Posts (Atom)