Template Baru

Sengaja aku tukarkan template OPK untuk memutihkan kembali mata-mata pembaca setia & jugak pengutuk setia yang selalu singgah di OPK ni.. 


Maaf atas kelewatan kami untuk memberikan berita terkini berkaitan apa yang berlaku di UMS dan juga sekitar pergerakan mahasiswa di UMS.. Kesemua kru OPK amat sibuk dengan hal masing-masing.

Diharapkan dengan template baru OPK ni akan memberikan kami lebih semangat untuk memberikan anda berita terkini & mampu memberikan anda satu anjakan yang baik untuk difikirkan dalam meneruskan perjuangan di UMS tercinta.

Sekian buat masa ini..

Bertindaklah, jangan sekadar cakap sahaja..

Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri. Kalau apa yang kita fikirkan itu betul, kita ambillah tindakan dan berjuanglah sehingga ke akhirnya. Ini tidak, cakap, cakap dan cakap takkan ke mana pun.

Memang diakui, terdapat perbezaan pendapat yang ketara dalam isu FFM ni. Team OPK sendiri mungkin ada yang bercanggah pendapat seperti mana yang dikomen oleh saudara nurilhakim. Tapi soal dia, bukanlah wujudnya perbezaan tersebut. Hakikatnya, manusia memang rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Jadi janganlah terkejut kalau terdapat perbezaan pendapat antara kita. Masing2 ada hujah dan pendapat masing2 kan?

Kalau betul2 tidak bersetuju dengan FFM ni, berusahalah untuk menghalangnya. Kalau berdasarkan sejarah lalu, memang sukar untuk mengubah sesuatu keputusan yang telah diambil oleh pihak pentadbiran tertinggi UMS. Jadi kepada rakan2 yang tidak menyokong FFM ini, dicadangkan supaya berusahalah macam mana pun, andainya FFM ini tidak berlangsung, maka tahniahlah kepada anda. kalau masih berlangsung, mungkin perlu menilai semula usaha anda tu.

Sekurang2 nya ada jugak rakan2 di UMS yang betul2 berusaha dan bukan sekadar berkasar bahasa sahaja...

Festival Filem Malaysia di UMS??


Ini satu berita yang baik!!!


Festival Filem Malaysia dikhabarkan akan diadakan di tempat kita.. UMS dikatakan akan masuk ke dimensi baru bila mana UMS akan menjadi lokasi FFM diadakan..


Ini sudah bagus...


Berikut aku senaraikan kelebihan yang akan didapati oleh UMS sekiranya UMS menjadi hos untuk FFM....


1. Kita kena tengok aspek pembangunan untuk Sekolah Pengajian Seni. Sekurang-kurangnya segala aktiviti kesenian yang dijalankan di SPS, UMS ini akan diberi perhatian. Idea & karya yang dikeluarkan oleh mahasiswa mahupun kajian yang dibuat selepas ni pasti akan mendapat tempat di peringkat yang lebih tinggi.


2. DANA... Jangan terkejut sekiranya selepas ni, pihak SPS akan mendapat dana tambahan dari pihak FINAS untuk tujuan pembangunan idea kreatif di bidang perfileman & kesenian negara.



Apa pula kapasiti yang ada pada Universiti Malaysia Sabah sehinggakan UMS ni berjaya mendapat tempat di hati FINAS untuk diadakan FFM ni????


1.Negeri Sabah sendiri sudah terkenal dengan jenama negeri yang kaya dengan pelbagai suku kaum & budaya. Ini sebenarnya memberi peluang untuk karyawan generasi baru meneroka kebudayaan yang tak pernah ditonjolkan lagi untuk tatapan rakyat Malaysia.


2. UMS merupakan institusi pendidikan yang terulung yang pernah wujud di negeri Sabah.


3. UMS mempunyai dewan yang berkapasiti besar & mampu menampung jumlah penonton yang hadir dengan ramai. Dewan ini juga merupakan antara dewan tertutup yang terbesar yang ada di Sabah & Malaysia.


4. Kebanyakan karya yang dikeluarkan dari produk UMS ni merupakan karya yang asli & segar. Biasanya karya yang dikeluarkan kepada pihak produser filem tidak diambil serius malah ditolak. Namun akhirnya idea yang dikeluarkan melalui kaya sebelum ni telah diguna semula oleh pihak produser filem untuk dikeluarkan filem atas nama mereka sendiri.



Justeru itu, inilah yang aku boleh kongsikan dengan anda semua pembaca & pengkritik yang ada di UMS.. Sekiranya anda rasakan penganjuran ini mampu menjatuhkan nama UMS dalam dunia pendidikan. Fikirlah sendiri..


Sekian..

Pelajar Kecewa di Berita Harian 26 Mac 2009



Perkhidmatan bas, kakitangan UMS kurang memuaskan




SEBAGAI penuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS), saya ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan segelintir kakitangan UMS. Segala-galanya bermasalah, bermula daripada isu kakitangan UMS yang tidak berada di pejabat pada waktu yang sepatutnya hinggalah ke perkhidmatan pengangkutan bas ke kampus yang lambat dan tidak menepati jadual yang ditetapkan.


Pada 24 Mac lalu, saya mempunyai urusan mustahak di Bahagian Hal Elwal Pelajar (HEP) dengan kadar segera. Saya ke pejabat HEP tetapi diminta menunggu di luar pejabat kerana pegawai yang hendak saya bertemu tiada keluar.


Hampir dua jam menunggu, kelibat pegawai itu tidak muncul. Apabila ditanya kepada pegawai yang bertugas, mereka pun tidak tahu dan bersikap lepas tangan saja. Saya sangat kecewa dan terus beredar dari situ dengan urusan yang tidak selesai.


Saya, juga kecewa dengan mutu perkhidmatan pengangkutan bas di UMS. Sebagai pelajar, kami sememangnya perlu datang awal ke kuliah pada setiap hari tetapi ini tidak dapat dilakukan kerana kelewatan dan kegagalan bas menepati masa yang ditetapkan hampir setiap hari.


Kami juga hairan dan tertanya-tanya di manakah peranan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang sepatutnya membela kebajikan pelajar. Mereka langsung tidak prihatin atau tidak tahu tentang kesusahan kami yang menggunakan perkhidmatan bas ini.


Bayangkan, kuliah kami bermula jam 2 petang dan kami sudah dari awal lagi menunggu bas sejam lebih awal. Bas ditunggu-tunggu pula tiba lewat setengah jam iaitu pada jam 2.30 petang.


Saya sangat kecewa dengan keadaan ini kerana ia seolah-olah mengajar pelajar agar membiasakan diri lewat datang ke kuliah.


PELAJAR KECEWA,

Kota Kinabalu, Sabah.




*Siapa yang harus kita persalahkan hinggakan mahasiswa terpaksa meluahkan pendapat di media?????? Siapa yang tak menjalankan keja??? Tepuk dada tanya selera perut....

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates