Bertindaklah, jangan sekadar cakap sahaja..

Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri. Kalau apa yang kita fikirkan itu betul, kita ambillah tindakan dan berjuanglah sehingga ke akhirnya. Ini tidak, cakap, cakap dan cakap takkan ke mana pun.

Memang diakui, terdapat perbezaan pendapat yang ketara dalam isu FFM ni. Team OPK sendiri mungkin ada yang bercanggah pendapat seperti mana yang dikomen oleh saudara nurilhakim. Tapi soal dia, bukanlah wujudnya perbezaan tersebut. Hakikatnya, manusia memang rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Jadi janganlah terkejut kalau terdapat perbezaan pendapat antara kita. Masing2 ada hujah dan pendapat masing2 kan?

Kalau betul2 tidak bersetuju dengan FFM ni, berusahalah untuk menghalangnya. Kalau berdasarkan sejarah lalu, memang sukar untuk mengubah sesuatu keputusan yang telah diambil oleh pihak pentadbiran tertinggi UMS. Jadi kepada rakan2 yang tidak menyokong FFM ini, dicadangkan supaya berusahalah macam mana pun, andainya FFM ini tidak berlangsung, maka tahniahlah kepada anda. kalau masih berlangsung, mungkin perlu menilai semula usaha anda tu.

Sekurang2 nya ada jugak rakan2 di UMS yang betul2 berusaha dan bukan sekadar berkasar bahasa sahaja...

35 Response to "Bertindaklah, jangan sekadar cakap sahaja.."

yoyo _gaban said...

Sokongan padu buat Festival Filem malaysia. Apapun anjuran nie akan tetap berlangsung.

Jgn tlalu negatif tentang Festival Filem Malaysia..Fikirkan tentang kebaikan yg mampu kita letakkan pada tempat yang sewajarnya..

Para ilmuan berbeza dgn pgkritik2 emosi..Mereka dibezakan dgn perumpamaan spt ni:

"percayalah dengan hati2 daripada tak sama sekali.."
"pernyataan yang hebat2 penuh dgn kata2 yg bersifat ekstrem dan menepuk2 dada sendiri..kata2 yg keras biasanya menutup agrumentasi yg lemah"

Renung diri kita berada dimana..

yoyo _gaban said...

TELEFILEM MENDIDIK PENONTON MENILAI FILEM

Seorang pembikin filem mengeluh. Katanya, industri filem kita dibanjiri oleh drama-drama televisyen. Filem terus terpinggir kerana mereka yang terlibat di bidang ini lebih berminat untuk menghasilkan filem untuk televisyen (telefilem).

Keadaan sedemikian ini berbahaya kepada industri filem katanya. Memang risiko untuk telefilem lebih kecil berbanding dengan sebuah filem di pasaran yang belum tentu penghasilannya. Tetapi jangan biarkan industri filem terus tenggelam dengan timbunan drama-drama TV dan pengusaha filem lebih ghairah menghasilkan drama sahaja kerana faktor pulangan yang dikatakan tidak merugikan.

Sementara seorang lagi teman dari industri filem mengatakan, drama dan telefilem itu perlu. Justeru kerana risikonya yang kecil itu kemungkinan untuk berkreatif lebih terbuka berbanding filem. Maka usaha-usaha pembikinan telefilem adalah penyokong utama industri filem.

Kemajuan teknologi televisyen telah menipiskan lagi perbezaan nahu filem dan telefilem. Oleh itu kemajuan dan perkembangan kedua-dua bidang ini penting dalam memajukan industri filem tempatan. Pada masa yang sama pembikinan drama akan menjadi permulaan yang baik kepada pembikin filem muda.

Sungguhpun pada realitinya pembikin drama TV tidak semestinya orang muda atau orang yang baru. Bagaimanapun, dalam keadaan stesyen televisyen kebanjiran drama dan telefilem kita sebenarnya masih jarang dapat menonton telefilem atau drama-drama yang bermutu dan meninggalkan kesan.

Barangkali kita masih ingat lagi RTM dalam zaman Drama Minggu Ini (DMI) telah menyiarkan beberapa drama yang cukup berkualiti dari aspek cerita dan pengarahan hingga telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton. Beberapa buah drama yang berjaya meninggalkan kesan mendalam antaranya Tuk Perak, As-Syura, Bila Angin Menderu, Terbang Bangau, Anjang Aki, Pemandu Teksi, Jejak Bakti dan Dayang Suhana.

Antara penulis yang menghasilkan skrip drama pada waktu itu adalah Jaaffar Khan, Zakaria Ariffin, Othman Hj. Zainuddin, Talib Hassan, dan diarahkan oleh pengarah drama yang tidak akan mudah berkompromi dengan kualiti seperti Abdullah Zainol, Abdul Aziz Abbas dan Hasiah Ariffin. Dengan karyawan seperti ini para penonton televisyen sentiasa menanti-nanti kemunculan drama-drama yang ditayangkan di dalam rancangan DMI.

Bagaimanapun peralihan masa dan sosial serta tuntutan stesyen televisyen yang mahukan rating juga menyebabkan pembikin telefilem mula meneroka tema-tema baru dan moden. Telefilem yang disiarkan oleh televisyen hari ini banyak berkisar dengan kehidupan dunia korporat yang kompleks, dunia remaja dan juga kecenderungan meninjau penggambaran ke luar negara dalam usaha mengalih landskap lokasi yang berbeza. Barangkali perbezaan landskap geografi ini dapat menjadi faktor penarik sesebuah drama.

Tidak hairan kalau kita melihat di satu ketika pembuat telefilem membuat penggambaran di England, Istanbul, Australia, New Zealand dan India. Tetapi di sebalik keindahan landskap yang menjadi hiasan lokasi, telefilem-telefilem ini tidak lebih dari hanya kisah percintaan biasa yang ada kalanya kelihatan tidak matang yang dibungkus dengan pemandangan yang indah.

Drama-drama ini malah adakalanya lebih banyak menimbulkan kontroversi akibat garapan dan pengolahan plot yang tidak cermat serta meleret-leret. Contoh yang jelas adalah siri Cinta Antara Benua dan Salam Taj Mahal.

Sungguh pun demikian beberapa buah telefilem yang ditayangkan sama ada di TV1, TV3 atau rangkaian ASTRO telah memperlihatkan olahan yang baik dan semakin matang.

Nama-nama pengarah telefilem yang baik seperti Meor Hashim Manap, Adman Salleh, Kamal Ishak, Ismail Yaakup, Erma Fatima, dan Ahmad Ibrahim. Drama-drama mereka selalunya dapat dirasakan oleh penonton seawal drama tersebut ditayangkan. Pengarah-pengarah yang baik ini terkenal kerana kecerewetan kerja dan cukup memahami medium yang mereka kerjakan.

Beberapa buah drama kelihatan sudah berani meneroka tema-tema yang jarang disentuh, atau biarpun menyentuh tema lama tetapi diberikan olahan yang segar.

Contohnya, baru-baru ini kita berpeluang menonton telefilem Perempuan Seorang Sutradara di TV3 dan Menjaring Mentari lakonan Umie Aida, Juhara Ayub dan Jasmin Hamid di TV1. Kedua-dua buah drama ini adalah buah tangan karyawan muda. Olahan dan arahannya baik. Telefilem atau drama yang baik penting kerana ia akan melatih penonton menghargai seni drama dan filem yang dihasilkan oleh karyawan tempatan.

Akhirnya usaha kita untuk menghasilkan drama TV atau filem tempatan yang berkualiti akan tercapai dan yang lebih membanggakan penonton kita menghargai dan menyokongnya.

Ini yang akan membantu industri televisyen dan filem kita. Apa yang penting, pihak stesen televisyen harus lebih teliti dalam memilih drama-drama yang bermutu dengan meletakkan ukuran tertentu dalam menilai drama yang hendak ditayangkan oleh televisyen. Sayangnya banyak drama-drama yang baik yang ditayangkan oleh stesen televisyen tidak diperkatakan di dalam media.

Ini merugikan kerana telefilem atau drama TV mempunyai nilai artistik dan seninya yang tersendiri. Seperti yang dikatakan di awal tulisan ini, filem dan drama televisyen semakin nipis bezanya. Selain pendekatan yang hampir sama, dalam konteks Malaysia, pembikin filem dan telefilem adalah daripada pemain yang sama.

Oleh itu telefilem yang ditayangkan di televisyen wajar diberi perhatian dan diperkatakan oleh pengkritik kerana dengan cara itu kita membantu meningkatkan industri dan kualiti seni telefilem atau drama TV yang ditayangkan. Selain itu ia akan membuka perbincangan yang lebih sihat dan telefilem itu tidak akan dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa diperkatakan. Jika ini berlaku alangkah ruginya.

Kerana itu, ruangan ini memulakan format baru iaitu turut mengulas drama-drama TV atau telefilem yang ditayangkan di televisyen sungguhpun pada masa yang sama akan turut membuat kritikan filem-filem tertentu.

yoyo _gaban said...

FFM (Festival Filem Malaysia) merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia. Festival tahun ini merupakan yang ke 22 dalam siri FFM. Buat julung kalinya, Festival Filem Malaysia akan bertandang ke Negeri Di bawah Bayu Kota Kinabalu, Sabah yang telah bersetuju menjadi tuan rumah bagi acara pengiktirafan industri filem yang berprestij ini.

Festival ini bertujuan meraikan kejayaan pengamal industri dan merangsang usaha memartabatkan industri perfileman tanahair serta MENSASARKAN kerjaya dalam BIDANG PERFILEMAN sebagai pilihan utama kerjaya generasi atau KARYAWAN MUDA yang lebih BERPELAJARAN, lebih kreatif dan bersemangat tinggi.

OBJEKTIF FFM-22 adalah untuk meraikan kejayaan pengamal industri dan merangsang usaha memartabatkan industri perfileman tanahair serta menggalakkan penghasilan karya filem yang bermutu dan diterima di peringkat global. Menyebarluaskan Program Merakyatkan Filem (PMF) dalam menyemai sikap MENCINTAI FILEM TEMPATAN di kalangan masyarakat.

Tema FFM-22 2009 ialah “FILEM MALAYSIA KE PERSADA DUNIA”. Tema ini berhasrat membawa perhatian warga industri menumpukan perhatian terhadap meningkatkan kemahiran terhadap hasil kerja mereka agar filem yang diterbitkan kelak akan mencapai mutu penerbitan antarabangsa.

Logo Festival Filem Malaysia sedia ada dikekalkan dalam siri penganjuran festival bermula sejak Festival Filem Malaysia Ke-17 Kuala Lumpur 2004. Ia merupakan sebahagian usaha penjenamaan Festival Filem Malaysia sebagai medan pengiktirafan karyawan filem yang paling unggul dan berprestij.

Ia diilhamkan dari pergerakan obor yang menyala, simbolik kepada semangat juang karyawan filem tempatan untuk menghasilkan produk yang berkualiti, dinamik dan menarik perhatian penonton dalam dan luar negara.

Dua lingkaran filem yang membentuk obor adalah perlambangan hubungan erat dan kerjasama padu di antara penglibat industri. Terdapat kilauan cahaya bergemerlapan di lingkaran berkenaan yang memperlihatkan komitmen dan iltizam yang tinggi untuk memartabatkan industri perfileman Malaysia.

-SUMBER FFM.SinemeMALAYSIA

Mohd Zulhusmi Salikin said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Zulhusmi Salikin said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Zulhusmi Salikin said...

Salam..

Suatu penjelasan penjelasan yang agak menarik untuk difahami. Namun, terdapat beberapa percanggahan yang secara realitinya bakal terlaku.


Bukan kita hendak memfokuskan natijah buruk pada FFM itu. Barang kalilah kita kekurangan petunjuk untuk menerima positif FFM.

Senang cerita, kita rujuk semula FFM yang berlangsung pada tahun-tahun sebelumnya. Fahami, dan telitikan akan suasananya.

Memang bukan mudah untuk membantah FFM ini dianjurkan di UMS, mahasiswa tidak memilik medium yang kondusif untuk memastikan suarahati mereka didengari pihak pentadbiran.

Perkara ini bukan saja berlaku di UMS, malah universiti lain sekali pun turut mengalami masalah yang sama.

FFM, ditubuhkan adalah untuk memartabatkan industri perfileman tanah air. Seterusnya membantu filem tempatan mempertingkatkan mutu karya mereka.

Kenapa harus UMS dijadikan tempat festival ini? Dah tiada lokasi yang lebih sesuai?

Perkara ini memang bercanggah dengan -visi-misi-matlamat- UMS sendiri. Pusat Gerbang Ilmu. Di mana ketulusan pihak pentadbiran yang cuba "pandang sebelah mata" dan buat2 tidak tahu.

Adakah pentadbiran ini menjadikan FFM ini sebagai langkah untuk memprestijkan lagi UMS dipelosok malaysia , hatta di persada antarabangsa?

Perkara ini tidak begitu kita senangi kerana yang memperolehi kebaikan daripada FFM ne hanya pihak pentadbiran saja.

Persoalannya, adakah warga UMS turut diberikan peluang untuk mengendali festival itu nanti, terutamanya warga SPS?

Jika tidak ada, maka kita tidak memperolehi apa2 pun.

Kalaulah pihak yang menang (artis/pembikin filem) berdiri diatas pentas, dengan trofi, lantas memberitahu teknik2 mereka menang.

Contoh, kamera kena berada di posisi 57 darjah, posture badan kena 23 darjah, apa2 sajalah teori, rumus, mahu pun falsafah.

Malang sekali, perkara sedemikian tidak berlaku. mana ada yang sudi bagitahu. "ok, dik kalau mahu jadi pemenang, adik kena begini.. begitu.. di sana.. di situ.., jadi nanti bila sudah besar, sudah habis belajar, adik kena lakukan macam kami yeeeerr.."

Tiada manfaat pun, boleh jadi bala bencana saja. Mungkin bukan ribut taufan. Barang kali, menguncupkan mutu kualiti kita sebagai seorang intelektual.

Benda ini memang bercanggah dengan kita sebagai seorang intelektual. Di mana letaknya kredibiliti kita pada hari ini? Jelas rapuh. Kenapa? Mentaliti kita dah terpesong dengan budaya HEDONISM..

Dibandingkan dengan, mereka yang berada di semenanjung. Kita jauh ketinggalan. Betul, selama ini kita hanya duduk diam dan berelgar didalam kandang sendiri.

Tidak mahu mengikut rentak sebagai mana yang berlaku pada sahabat kita di semenanjung. Betul apa yang diperkatakan saudara nurilhakim. (cuba korang buka bkog dia) TIdak cukup ke selama ini? apa kita ini petapa ilmu keramat?

Betapa bezanya kita, langit dan bumi, golongan intelektual pada 90-an lebih matang, lantang, dan suara mereka sangat kuat.

Kini, kita lemah,layu. Kenapa? disebabkan AUKU ke? Bukan setakat AUKU saja yang menjajah mentaliti mahasiswa kita pada hari ini.

Malah, pengaruh gaya hidup mereka yang lebih "keglobalisasian". Sukakan hiburan.. "year.. i like it.." nyampah!!!

Mcam budak2!!!

Mohd Zulhusmi Salikin said...

Ok..

Relevenkah UMS menjadi lokasi penganjuran FFM?

Memang tidak rleven. UMS merupakan sebuah medan transaksi yang menghubungkan kita(pencinta ilmu, belajar, dan mengumpul) kepada ilmu pengetahuan.

Di sini, kita akan didedahkan kepada pelbagai mcam bidang yang masing-masing berguna apabila kita keluar ke dunia yang lebih mencabar.

Jika kita hayati lagu UMS ne, "disini dicanang sgala fikiran, disini dikaji sgala wawasan", sudah tentu kita akan faham. Universiti bukan pusat hiburan, tetapi ia merupakan pusat yang membantu kita sebagai mahasiswa untuk mempertingkatkan produktiviti kita sebagai jaminan masa depan yang lebih cerah.

Oleh itu, tidak masuk akal kenapa pihak pentadbiran UMS sanggup tunduk dengan permintaan FFM bagi menggunakan DEwan Canselor. Adakah UMS mementingkan sola kebanggaan, "banggalah kita menjadi lokasi sebuah festival yang mendapat sambutan hangat diseluruh negara."

"kita akan dapat memperlihatkan UMS kepada mereka. Hebatnya" "maka seluruh malaysia akan melihat keindahan UMS, yang mana memiliki dewan serba (dewan canselor) guna canggih"

Kamu bangga? saya tidak bangga, saya hanya seronok saja. Banyak galeri yang boleh dikunjungi nanti. Namun, benda ne hanya sementara saja. "Ko tidak syok ke nanti ko kena gambar. Masuk dalam televisyen o.." "ya kan, best juga tu" hehe tapi ne sementara saja. Cubalah kalau jangka masa yang panjang. "Kan lagi bagus." "eh, mana boleh, tahun depan lain tempat lagi"

"ala nda bagus la"

Sejauh mana pihak pentadbiran begitu mengambil berat soal aspek kualiti graduasi mereka?

Kita juga mantapi dari segi sukan, ya, itu tidak dinafikan, sebab universiti adalah tempat kita improve.

Tapi, saya percaya bahawa universiti ini primary objektif mereka adalah penekanan terhadap akademik semata-mata. Mahasiswa akan diasuh, diajar menerusi bidang yang mereka pilih. Seterusnya akan mengaplikasikan ilmua tersebut bagi di sumbangkannya kepada masyaarakat kelak.

Secondary objektif pula sudah tentu ko-korikulum. maka tidak hairanlah jika banyak bidang ko-kurikulum ditawarkan kepada mahasiswa. Mereka diberikan pilihan untuk choose yang mana lebih baik mengikut kehndak naluri mereka sendiri.

Jadi, itulah dalam lagu UMS, lirik lagu "disini dicanang fikiran~disini dikaji sgala wawasan~" disebabkan -visi-misi-maltamat- UMS itu sendiri ditubuhkan.

Persoalannya, APA KAITANNYA FESTIVAL FILEM TANAH AIR NEGARA dengan UNIVERSITI, khususnya UMS?

Jauh beza. LAngit dan BUMI....

RUMPUT TEPIAN JALAN said...

saudara Me.

Gua nak sentuh hal SPS. Xkan la bila menang anugerah dorg akan buat mcm tu kan... Cara dia pelajar yang mengambil kos "Teater dan Perfileman" boleh mennton kembali movie yg menang dan kaji apa kelebihan teknikal yg power sgt smpi dorg mng.


Tp gua setuju gak dgn apa lu ckp tu. Usaha la ye...

Unknown said...

Salam...

Alamak OPK, pa komen yang kena padam tu? Komen yang terhantar 2x ka..?

Uhu

*Mo baca & nilai semua komen...

Mohd Zulhusmi Salikin said...

Salam..

Jika warga SPS, terutamanya yg mengambil bidang "teater dan perfileman" mampu belajar menerusi filem yang meragut anugerah juara itu kelak.

Itulah bagus bagi dorng. Tahniahlah..

Asalkan jangan sesekali menyatakan dlm hati ke, atau terhajat sama sekali nak menyokong pihak pentadbiran untuk mempertimbangkan UMS menganjur festival terbabit.

Kalau nak belajar, tonton melalui televisyen, tunggu keputusan akhbar tentang filem yang menang. Kalau tidak tahan sangat, maybe korang boleh pergi ke tempat festival ini dilangsungkan kelak.

Jangan mengikut kehendak naluri anda hingga mengabaikan pendapat orang lain. Mentang-mentang bidang mereka. Maka sesuka hati nak jadikan UNIVERSITI ini sebagai mekanisme kepada alam yang bakal mereka tempuhi kelak.

Jangan penuhi

Mohd Zulhusmi Salikin said...

kalau begini

baik kita anjurkan persidangan OPEC di UMS.. sesekali mat saleh dpt cuci mata tengok UMS..

Saya mengambil bidang kewangan.. mungkin nak cadang persidangan G20 dianjurkan kat UMS..

Bolehlah kita bincang pasal wilayah persekutuan Labuan yang dipertikaikan gagal meletakan SISTEM PERCUKAIAN mengikut standard antarabangsa.

Nanti kita minta lagi supaya majlis belanjawan negara dianjuran di UMS.. Baguslah kita bangga dengan Dewan Canselor tu.. lawa bah kan..

Mungkin rakan2 dalam bidang kedoktoran misalnya. Kita boleh gesa dorang minta persidangan doktor se-malaysia dianjurkan di uMS..

Bolehlah kita tengok sikit dan belajar ilmu2 mengenai penisulin ke.. pil2 ke.. or apa2 saja la ilmu tentang kedoktoran.

Mohd Zulhusmi Salikin said...

Sedarlah kita.

Tidak ada manfaat FFM kepada UMS secara keseluruhannya, apatah lagi memberi pinjam Dewan Canselor Kesayangan kita untuk dijadikan lokasi festival ini.

Kami, mahasiswa sanggup mengenepikan kepentingan sendiri. Kami faham UMS. Kami kenal UMS dengan mendalam. Ibarat aur dengan tebing. UMS, salah satu universiti yang cemerlang kualiti keilmuannya.

Janganlah kita mencemarinya dengan perkara yang tidak baik.

Sekali lagi, saya nak persoalkan, adakah kita setuju penganjuran FFM ne untuk kita mendekati lagi artis kesayangan? atau nak tengok dorang dressing secara lebih dekat lagi? masyallah tabarakallah..

Buat warga SPS, terutamanya mereka2 yang mengambil jurusan "teater dan perfileman" sanggupkah anda menjadi PENGKHIANAT hingga menyanggupi FFM dianjurkan di UMS? Dimana letaknya rasa cinta anda kepada UMS?

Anda faham apa itu UNIVERRSITI, saya percaya anda seorang golongan intelektual yang suci daripada budaya HEDONISM.

Atas dasar ini, marilah bersama kami... please.. Kembalikan martabat UMS sebagai sebuah universiti yang cemerlang, gemilang, dan terbilang pada kualiti keilmuan. Bukan disebabkan pusat hiburan, pusat pelancongan, dan sebagainya.

Anda memiliki alternatif nak mempelajari secara lebih mendalam lagi berkenaan pemantapan bidang yang anda ceburi itu.

Jadi, tidak menjadi masalah bagi anda semua menyertai kami.

Hidup UMS! Cemerlang Keilmuan! mari bersama kami!!

Mohd Zulhusmi Salikin said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Zulhusmi Salikin said...

Berjuang Bersama-sama Kami (",)
PEACE

RUMPUT TEPIAN JALAN said...

bro me...

lu mmg xterima la FFM ni?
Gua respek apa lu ckp. Tapi gua ttp terima FFM. Gua akui xde la baik mana pn FFM...

tp gua rasa, lu kena la fkir dr sudut org lain jgk... Lu mcm xfkir org lain pnya fkirn...

"Jangan mengikut kehendak naluri anda hingga mengabaikan pendapat orang lain. Mentang-mentang bidang mereka. Maka sesuka hati nak jadikan UNIVERSITI ini sebagai mekanisme kepada alam yang bakal mereka tempuhi kelak."

Lu ckp benda ni, lu ada fkir apa perasaan org? Lu ni ckp mcm la dorg jahat sgt... Lu ckp lu fikir la dlu... Lu dak surau IP. Lu bawa label dak baik... Gua klu nk kutuk gua xkesah... GUa mmg bkn dak baik pn...

to MSS Lawliet:
komen2 tu bkn d padam oleh OPK Team. Tp bro me tu sndri yg padam...

RUMPUT TEPIAN JALAN said...

bro me...

lu mmg xterima la FFM ni?
Gua respek apa lu ckp. Tapi gua ttp terima FFM. Gua akui xde la baik mana pn FFM...

tp gua rasa, lu kena la fkir dr sudut org lain jgk... Lu mcm xfkir org lain pnya fkirn...

"Jangan mengikut kehendak naluri anda hingga mengabaikan pendapat orang lain. Mentang-mentang bidang mereka. Maka sesuka hati nak jadikan UNIVERSITI ini sebagai mekanisme kepada alam yang bakal mereka tempuhi kelak."

Lu ckp benda ni, lu ada fkir apa perasaan org? Lu ni ckp mcm la dorg jahat sgt... Lu ckp lu fikir la dlu... Lu dak surau IP. Lu bawa label dak baik... Gua klu nk kutuk gua xkesah... GUa mmg bkn dak baik pn...

to MSS Lawliet:
komen2 tu bkn d padam oleh OPK Team. Tp bro me tu sndri yg padam...

Mohd Zulhusmi Salikin said...

Salam

Jangan begitu bah.. janganlah cakap lu budak tidak baik bah.. jangan bah~ alolo..

Biar saya perjelaskan sekali lagi. Bukan bermaksud saya sesuka hati melabelkan mereka sebagai golongan paksi yer.

Mereka bukan jahat, siapa cakap mereka jahat?

Mereka sebahagian daripada kita, mahasiswa yang menjadi tiang kepada universiti ini.

Peranan mereka sangat penting dalam memastikan universiti ini setanding dengan universiti yang lain.

Cuma, tegas untuk dinyatakan, bahawa kita harus fikirkan martabat universiti ne.

Fahamkan bagai mana universiti ini ditubuhkan. Pada awalnya, kita(orang sabah) tidak memiliki universiti. Susah2 orang sabah pergi merantu non ke semenanjung. hanya nak menuntut ilmu.

Kenapa nak menuntut ilmu? Ilmu amat penting bagi kami sebagai bumiputra sabah. Kami ingin membangunkan sabah.

Atas dasar keperihatinan, Tun Dr. akhirnya tertubuhlah universiti ini. Maka, ramailah anak bumiputra dapat memasuki universiti.

Seterusnya, universiti ini diangkat masyarakat sabah sebagai sebuah pusat keilmuan. Hingga menjadi topik perbualan yang sanagt hanagt suatu ketika dahulu.

"mana suda anak laki ko jang? selalu dia men bola petang2"

"alahai, masuk sudah bah dia di UMS"

"syukur la bah tu. Selamat juga anak ko masuk"

Ibu bapa pun merasa bangga dengan kemasukan anaknya itu. Mereka yakin dengan kemasukan anak ne ke universiti. Maka, cerahlah masa depan mereka nanti. Tidaklah susah mcam mereka dulu.

Bayangkan UMS, menganjurkan festival ini nanti. Kemungkinan tanggapan UMS sebagai pusat tarbiyah akan tercalar.

Boleh jadi tidak. Namun, tidak dinafikan kebarangkalian ia berlaku itu 60%.

Oleh itu, perkara ini sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai warga universiti ini.

Kepada "rumput", cuba fahami sekali lagi coretan komen yang saya kongsikan sebelum ini. Barangkali wujud penafsiran songsong dalam menyelami kekata yang saya sampaikan itu. Fahami2 betul, sebagai seorang intelektual.

Saya, tidaklah meninggikan darjat. Selama ini langsung tidak mahu masuk campur dalam hal2 di universiti. Saya punya rakan yang lebih hebat lagi. Cukuplah dengan ada mereka itu.

Namun, apabila menyentuh soal ini. saya merasa terpanggil tampil ke hadapan. Adalah menjadi peranan saya, menjelaskan kepada mahasiswa yang lain kerana mereka lalai dan leka terhadap peranan mereka pada universiti ini.

UNIVERSITI ini Pusat Gerbang Ilmu. Bukan yang selain daripada itu.

Mohd Zulhusmi Salikin said...

Andaikata apa yang disampaikan itu sedikit sebanyak mengores hati rakan-rakan sekalian. Mohon maafin diri ku ini.

Saya insan lemah. Pun memilik perasaan seperti anda. Kesungguhan anda dalam menerima baik FFM ne untuk dianjurkan di UMS, memang suatu perkara yang mengharukan.

Anda berusaha dengan sebaik mungkin. Boleh jadi berkat peluang yang bakal berlaku, anda mampu mempelajari lebih banyak perkara mengenainya.

Dengan ini, kamu mampu menyelongkar benda-benda diluar pemikiran yang sebelum ini tidak mampu korang difikirkan.

Saya percaya bahawa korang permata yang bakal menyilaukan universiti ini ke peringkat lebih tinggi lagi.

Akhir kalam, teruskn pjuangan OPK n anda semua. Minta maaf jika terkasar bahasa atau mengores hati anda.

Anonymous said...

Hahaha...
Nk kata budu pun tak cz msuk U tau smua yg taip2 rasa dlm ati tu..kita skrg ni nk bincang sal sikap keterbukaan kita pd era yg mau kita bgrak k dpn, bkn ke blkg!!!
Toksah ckp sal rangking2 ums d mata dunia..siapa yg set level rank university ni???BARAT kan??so, lau hujah kita sikit2 kena refer kt diorg, apalah bezanya skrg??
Diorg punya u lglah open ngn bnda2 ni smua..tp, tetap in rank jg kn??
Cuba gtau ngn sy..apa usaha kita utk promote ums ke luar???
Hntr segerombolan sekretariat n MPP ke Indonesia?Hntr ke persidangan MPP seluruh u d Msia ni???
Kita ni student, bila org tua kita (pentadbiran dh wat kptsn, jgn nk lawan2 pula)..korunk yg tk se7 ni ibarat "mencangkul bukit ba"...
Buat malu je lau yg geng2 masjid join kt sini tp, usaha dorg sndiri tk cerminkan dorg tu berkiblatkan pd Tuhan yg satu...
so, bukan sy nk back up c OPK ni..
HARAP FAHAM N MUHASABAH SEMULA!!!

Anonymous said...

Salam

perumpamaan: kalau nak bergerak ke hadapan, tapi hadapan kita lognkang. Apa manfaatnya.

Jadi kalau nak bergerak, kenalah pastikan langkah ke hadapan kita itu sebuah laluan yang terbaik.

Ok yer dik~ jaga tingkah laku kita yer dik. Jangan bah itu~

Anonymous said...

kalau "cangkul" tu cangkul ajaib, mcam mana?

memang bukan senang, jika x wish sgguh2. Mna jadi.

Anonymous said...

Salam

Tepatkah FFM menjadi sebuah saluran yang reliable bagi meningkatkan perspektif unggul UMS di luar sana?

Jangan memilih saluran yang hanya menguntungkan kita dalam jangka masa yang pendek.

Bagai mana nak promote. Fikirkan lah sebagai seorang intelektual.
Malah, Presiden MPP sendiri lebih arif dalam hal ne.

Betul, diibaratkan "cangkul bukit". Kenapa perkara ne berlaku? kita kekurangan medan mekanisme yang kondusif untuk menyatakan YA, KAMI SETUJU/TIDAK, KAMI TIDAK SETUJU.

Masalahnya lagi, kita tidak memiliki kesatuan hati. Samalah diumpamakan dengan KESATUAN SEKERJA. Kenapa diwujudkan? kerana nak melindung hak2 pkerja daripada majikan yang tidak bertanggungjawab dan saluran pendesak kepada kerajaan.

Secebis situasi kita ambil berdasarkan kesatuan sekerja. Suara mereka begitu utuh. Kuat. Sehati sejiwa.

Inilah kunci yang membawa mereka sekedudukan didalam sebuah organisasi.

Dengan ini, mempermudahkan mereka bersuara mengikut pandangan yang penuh inspirasi.

Pasal ranking yer,

Yang harus kita perlu diberikan penekenan dan penambahbaikan, adalah dari segi produktiviti kita.

Dengan ini, sedikit sebanyak akan menyuntik martabat universiti ini kelak.

Jangan cepat menuding jari pada mat saleh sana? tidak ada statement pun yang memberitahu mereka ada menaja festival sebegini.

Memang tidak cocok nak jadikan festival ini sebagai lokasi FFM. Disebabkan background yang berbeza.

Kalau nak katakan.

"kalau begitu, apa-apa program macam majlis kelab pun tidak boleh buat juga kah?" fikirlah.. itu soal perkara lain. itu aktiviti pelajar.

"kalau sambutan perayaan pula?" itu perayaan umum. Takkanlah tidak mahu disambut.

Soalnya, tidak ada kaitan pun FEstival Filem Malaysia dengan universiti?

Perkara ne dah banyak kali, saya terangkan pada komen-komen sebelum ne..

Sekali lagi, harap maaflah..

Anonymous said...

Persoalannya, kenapa perkara ini tidak mendapat respon daripada pihak pentadbiran?

Mungkin dsebabkan faktor yang kita sendiri tidak ketahui. Jadi, kita hanya mampu menimbulkan persoalan.

Tidak layak kita menyatakan begini begitu dan sebagainya. Kelak mampu membawa tuduhan fitnah yang ternyata salah di sisi undang2, hatta agama.

Tapi, mereka memerlukan kita. Cuma kita saja yang tidak mengetahuinya.

A: boleh pinjam motor?
B: pinjamlah (B, keberatan nak pinjam kerana tisau kredibilitinya akan dipersoalkan).

C, bapa kepada B.
C:kanapa ko pinjam dia,baru beli tu, nanti rosak!

B:bah, janganlah ko pinjam,bapa tidak suruh.

maka, tidak jadilah pinjam.

A(festival filem malaysia)
B(Ptadbiran)
C(mahasiswa)

Perumpamaan situasi termudah ini diharap mampu menolong kalian.

Jelasnya, kita hendaklah memiliki suara kuat seperti BAPA. just perumpamaan.

Anonymous said...

Era baru.

perumpamaan:
kita nak cipta bangunan paling tinggi di dunia. Menerusi medium ne, dapatlah kita mempromote urself. Inilah kami!

Andaikata kita cepat2 nak bina bangunan ne supaya kita nak capai matlamat tu dengan pantas.

Tanpa mengambil kira kekukuhan sesebuah bangunan. Maka, tidak mustahil apabila disambar ribut taufan ke. Boleh runtuh.

Samalah perumpamaan itu dengan situasi yang bakal kita hadapan. Jika kita berbangga kesebabkan keindahan. Padahal itu tidak sampai kemana pun. T ada lagi yang lebih lawa.

Kalau kita tekankan pada aspek kualiti kita sendiri. Inilah yang lebih bagus.

Ibarat bangunan yang tinggi non mencapai awan. Tak bisa runtuh disebabkan tiang2 bangunan yang kukuh! Malah reka bentuknya lagi sangat cantik. Tidakkah ini lebih membanggakan kita?

(",) just perumpamaan.

Anonymous said...

kalau nak persoalkan tindakan sekretariat n MPP, yang kononnya "JOLI" ke sana sini.

Janganlah dengki, n iri hati. Dosa tu.

Mungkin tu metodologi mereka bagi mewujudkan hubungan khususnya di kalangan graduasi lokasi yang mereka pilih.

Kenapa tidak kita sendiri atur, buat program atas nama sekolah, bidang ke mengadakan hubungan di luar UMS. Target utamanya, nak promote. Fikir inisiatif tersendiri bagi mencari dana. Kita kan seorang intelektual.

Jika kita show kat dunia luar, UMS, apa yang saya khuatirkan, "hanya membuka pekung di dada", sebab risau yang terpromote kualiti graduasi kita yang tidak sampai ke mana.

Tengok golongan intelektual UMS kita. Imej mereka sekalipun tidak mencerminkan seorang intelektual.

harap di maafin.

Anonymous said...

FFM.
Kita begitu kisahkan akan FFM.
Ditolak FFM:
1. Mencabuli kehormatan Dewan Canselor yang bersifat akademik.
2. Menjadikan mahasiswa lebih cinta hiburan dari akademik.

Antara sebab di atas dibuat bagi menidakkan FFM demi menjaga keintelektualan universiti. Sedar atau tidak apabila bercerita mengenai kedudukan atau ranking, biasanya pelajar yang bernasib baik walaupun keputusan cukup makan sama ada dari diploma, STPM atau matrikulasi akan ditempatkan di Universiti Malaysia Sabah. Akar umbi pengintelektualan menjadikan UMS tempat pilihan terakhir. Selepas universiti lain mengambil pelajar yang sememangnya mantap. TIDAK SEMUA.

Wujud subjek yang boleh membantutkan proses pembelajaran subjek utama. Contoh:Subjek PPIB mengganggu subjek program sendiri.(Tidak saya nyatakan subjek PPIB ini membantu). Biasanya undergrade students diganggu oleh subjek PPIB.(Kalau subjek program yang mengganggu tu jadi masalah pulak. Sebab tu main point kita di sini belajar).

Sebenarnya banyak faktor lain yang membantutkan peningkatan ranking UMS. Disamping kekurangan peralatan dan kepakaran.(SST ada alat, tp tiada orang tahu guna). Tiada kajian ke arah penemuan baru.(Tidak dinafikan kajian daripada Institut MArin Borneo).

Anonymous said...

Timbul persoalan, bagai mana FFM nak mempromote UMS, walhal saluran media hanya membuat liputan pada Dewan Canselor.

Jika kita rujuk FFM sebelum ne. Kalau korang memiliki video rekod. Tengok, apa benda yang dipaparkan dalam FFM tu.

Bukan nak korang tengok dorang dressing. Tapi, nak korang faham situasi.

Adakah dalam tempoh menyiaran tu, mampu memperlihatkan keseluruhan UMS ne? librabry ums? SPE? Bangunan Canselori? Marin Borneo? SPS? Kolej AB?

Tidak kan~ dewan canselor saja yg nampak dalam penyiaran.

Lebih, malang lagi, penyiaran dilakukan pada waktu malam. Belum tentu, kita mampu memperlihatkan tersergamnya indah Dewan Canselor kita tu.

Bagus kalau sebelum penyiaran bermula, tiba2 saluran nak masukkan dokumentari tentang UMS. Kemungkinan besar manfaat mempromote UMS tu berjaya 100%.

Kalau tidak. Maka, belum tentu kita mampu mencapai 10%, apatah lagi 25% UMS berjaya dipromosikan.

Kalau nak katakan, kita guna promote bukan target kat saluran media. Tetapi, tetamu seperti VIP yang hadir ke majlis itu nanti.

Memang tidak masuk akallah kalau dorang berkesanggupan "berkeliaran" dalam UMS, banyak benda lagi yang dorang nak lawat. Fikirlah dorang kan VIP.. Mana keintelektualan anda..

Persoalan, kenapa benda ne hanya dilihat sebelah mata saja pihak pentadbiran? Boleh jadi disebabkan faktor-faktor tertentu. Misalnya, dividen yang boleh mereka perolehi daripada festival ini nanti.

Maka, menyuntik sedikit sebanyak revenue UMS. (",) just persoalan.

Anonymous said...

Jka kta katakn lgi, nak mprmote mlalui flyers, bgi kat VIP, kdah ini memg x brksan.

Klulah time pnympaian angrah tu, skjap2 drong tygn dkmentri ttg UMS, bgslah.

Klu xda, putih mata sja kita. hehe

Anonymous said...

Jika kita kata, nak promote dari segi tempat.

Adakah yg terkeluar pd surat khabar keesokan hari tu, memaparkan ums?

Tidak dah tentu, artis yang menang.

Takkanlah BERNAMA nak tulis cerita pasal kelebihan UMS. Sedangkan motif utama berita tu nak bagitahu kejadian yang berlaku semasa FFM. Siapa yang menang, kalah, dan sebagainya.

Sila terangkan pada sya, bagaimana kita boleh mempromosikan UMS melalui FFM.

Adakah apabila dorang sebut UMS menjadi tempat lokasi ini? Cukup ke sekadar itu menjadikan kita terkenal?

Relevenkah begitu?

Kalaulah dorang terus terangkan

"tempat berlangsung di UMS, bla bla.. bidang2 yang ditawarkan di UMS, bla.. bla.." Sure ke dorang akan cakap macam itu?

Tidak. Dorang just state, cakap tempat UMS, tapi tak terangkan kelebihan keseluruhan yang ada tentang UMS.

Memang tidak releven. Inilah yang saya maksudkan promote jangka masa yang pendek. Tidak berkesan.

Jika kita kata, ramai akan hadir ke festival itu nanti. Orang luar akan tertarik masuk dalam UMS kerana festival ne.

Namun, mereka hanya datang, seperti berkunjung nak berseronok. Tidak ada masa nak kenali UMS secara lebih mendalam. Berbaloi ke?

Sebagai seorang intelektual, cara ini tidak berkesan. Teknik KUNO.

Kembalilah kita memikirkan martabat UMS ne sbagai pusat tarbiyah.

Ingatlah menerusi lagu lirik UMS kita yang selalu dinyanyikan dengan penuh kebanggaan.

"disini dicang segala fikiran~
disini dikaji segala wawasan~"

Kalau nak promote,
guna kaedah ini.. KUALITI MAHASISWA

"Ibarat bangunan yang tinggi non mencapai awan. Tak bisa runtuh disebabkan tiang2 bangunan yang kukuh! Malah reka bentuknya lagi sangat cantik."

Anonymous said...

mahasiswa UMS dibelenggu media massa

Akibatnya, MAHASISWA tidak tahu membezakan PROMOSI dengan TEMPAT PINJAM/PERSINGGAHAN.

Adakah dengan populariti FFM, mampu menjulang UMS? Kenapa? kerana mereka hanya sebut tempat/paparan Dewan Canselor, kenapa tidak dipaparkan kesemua? (adakah ini cukup membanggakan anda?).

Jesteru, UMS, bukan lokasi sepanjang masa. Maka, tidak releven ada kesan promosi yang ketara. Dan
kebarangkalian untuk memaparkan sejarah perkembangan UMS, pencapaian mahasiswa, dan sebagainya, kosong.

Kita kena faham, apa yang bakal berlaku itu bukanlah suatu PROMOSI.

Sebagai sebuah organisasi yang menjadi mekanisme ilmu. Kalau nak promosi, kita kena terangkan keseluruhan kelebihan yang ada. Janganlah sikit saja yang diterangkan. Nanti cepat hilang informasi tentang organisasi itu.

BERBEZA juga LAWATAN dengan PROMOSI.

Mungkin korang kena belajar MARKETING. Cari cara promosi yang betul.

Anonymous said...

Mungkin kerana universiti kita ketinggalan dalam mengecapi gelora MEDIA MASSA, sebagai mana di semenanjung.

Sekarang mereka kehausan benda. Hingga tiba suatu perkara, mereka tidak lagi mampu membezakan antara yg HAK dan BATHIL.

Anonymous said...

Malu kita..

Nasib baik orang sabah tidak terbabit dlam menyokong FFM ne,

malu kita, t terpersoal pula tahap keintelektualan kita (org sbah)

Kami, org sbh nda sanggup mau jual martabat U digntikan dgn kebanggaan smentra.. huhu.. atookoi..

Anonymous said...

Bguslh tu, kmi akn sntiasa mdokong kalian.

Klu nk mulakn era baru pstikn smua objektif brjya dicpai.

papabosan said...

apa pasal lah korg masuk ums ... kalo nak kritik gila2. menderhaka namanya tu...dalam diri tu kena tanam semangat utk belajar...dan kalo dah nampak benda tu salah kita kritik cara yg profesional.. dan cara kritik pun kena belajar bukan sedap hati sahaja......semua sudut kena jaga.......

akan bersambung..

Anonymous said...

Maklum balas komen d bawah.... Salam muhibbah dan salam perpaduan. Lebel UMS sebagai universiti kelas rendah kerana membenarkan hiburan dari luar masuk ke UMS saya sangkal bulat2 kerana ia membantutkan pemikiran golongan pelajar... Memang ada keburukan dan kebaikan penganjuran festival tersebut tetapi diingatkan bahawa jangan menutup pemikiran dan minda pelajar... masa kini pelajar sendiri perlu didedahkan tentang apa yang berlaku di luar sana( kehidupan sebenar dunia masa kini) jangan la kata tidak atau membantah sahaja kerana minda pelajar khususnya akan terbantut kerana sering kali aktiviti mendapat bantahan... Tentang tata cara pemakaian saya sendiri tidak akan memberi komen kerana itu mengikut pandangan individu setiap pelajar dan diri sendiri akan menilai mengenai hal tersebut. Mengenai lebel UMS sebagai universiti minda kelas rendah saya sangat tidak bersetuju kerana " jangan sahaja berbahas, ambil tindakan dan buat bancian dikalangan pelajar UMS . Jangan ikut suara segelintir pihak sahaja , dengarlah suara dari pihak yang lain.. Be profesional..".
>Student UMS sentiasa bermuka ceria di depan MPP tetapi sebenarnya membenci tingkah laku dan kerja MPP ( maaf dipohon ini dipetik dari kalangan plajar UMS sendiri. Bukan seorang dua tetapi dari ramai suara pelajar yang tidak didengar oleh MPP sendiri). Fikir kan lah sendiri tentang apa yang telah MPP lakukan daru dulu hingga kini. - sekian -


From Mr.SilentMouthUMS

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates