Festival Filem Malaysia di UMS??



Pelajar Kecewa di Berita Harian 26 Mac 2009


Perkhidmatan bas, kakitangan UMS kurang memuaskan
Pada 24 Mac lalu, saya mempunyai urusan mustahak di Bahagian Hal Elwal Pelajar (HEP) dengan kadar segera. Saya ke pejabat HEP tetapi diminta menunggu di luar pejabat kerana pegawai yang hendak saya bertemu tiada keluar.
Hampir dua jam menunggu, kelibat pegawai itu tidak muncul. Apabila ditanya kepada pegawai yang bertugas, mereka pun tidak tahu dan bersikap lepas tangan saja. Saya sangat kecewa dan terus beredar dari situ dengan urusan yang tidak selesai.
Saya, juga kecewa dengan mutu perkhidmatan pengangkutan bas di UMS. Sebagai pelajar, kami sememangnya perlu datang awal ke kuliah pada setiap hari tetapi ini tidak dapat dilakukan kerana kelewatan dan kegagalan bas menepati masa yang ditetapkan hampir setiap hari.
Kami juga hairan dan tertanya-tanya di manakah peranan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang sepatutnya membela kebajikan pelajar. Mereka langsung tidak prihatin atau tidak tahu tentang kesusahan kami yang menggunakan perkhidmatan bas ini.
Bayangkan, kuliah kami bermula jam 2 petang dan kami sudah dari awal lagi menunggu bas sejam lebih awal. Bas ditunggu-tunggu pula tiba lewat setengah jam iaitu pada jam 2.30 petang.
Saya sangat kecewa dengan keadaan ini kerana ia seolah-olah mengajar pelajar agar membiasakan diri lewat datang ke kuliah.
PELAJAR KECEWA,
Kota Kinabalu, Sabah.

MPP Releven Lagikah?????


Ini bukanlah tajuk untuk kami cari kesalahan MPP...
Ini adalah tajuk yang dibuat sendiri oleh penganjur DIMAN @ AB yang akan diadakan malam ini di Dewan Kolej Kediaman AB jam 8 malam.
Diskusi Ilmiah ini akan memincangkan halatuju MPP samada masih releven atau tidak. memang menarik!!!
Ahli Panel:
1. Presiden kesayangan bebudak 1st year & 2nd year, Abang Azrul...
2. Saudara Badri Hj Bayani --> Jurucakap Bebas yang selalu menyalahkan MPP
Oleh itu, mari kita meramaikan DIMAN di AB....

2 Perkara penting!!!!!


Dalam post yang sebelum ni, mungkin ramai yang marah dengan RTJ yang meluahkan perasaannya mengenai saudara Presiden kita...
Ni 2 perkara penting yang perlu kita ambil perhatian mengenai kepimpinan MPP yang ada skang
1. Presiden, Saudara Azrul.. Mengalami perubahan pendirian setiap kali bila dia perlukan satu keputusan untuk dibuat. Sehingga kini, apa yang aku dapat katakan keputusan yang dibuat Azrul dalam isu2 berkaitan MPP biasanya dibuat oleh S/U Agungnya. BUKAN pendirian dia sendiri. Contohnya dalam pendirian dia terhadap garispanduan persembahan yang dikecam hebat oleh pensyarah di SPS. Dari sumber yang aku dapat, garispanduan ini dibuat tanpa persetujuan mahupun dibincang dengan pihak Exco Kebudayaan MPP sendiri. Keadaan ini seolah-olah menidakkan kewujudan ahli exco.
2. Gerakan MPP yang dibuat sebenarnya perjuangan peribadi Presiden yang hanya menggunakan ahli MPP sebagai tenaga kerja. Contohnya, dalam program 3S yang digerakkan oleh Naib Presiden HELWA, apa gerakan yang sebenarnya dibuat di sini??? Pada pendapat aku, ini hanya sengaja dibuat oleh Presiden untuk MENAMPAKKAN kewujudan Naib Presiden HELWA yang nampak lembik saja. Setakat nie, apa yang mahasiswa kampus dapat melalui program 3S --> Senyum, Sapa, Salam????????
Xda... Malah, geng2 MPP sendiri pon tak mengamalkan 3S.. Yang terjadi, hanyalah mahasiswa yang perlu 3S kat MPP ada la.....
Pandang, lihat, fikir & luahkan....

Pemimpin dijulang?


Gua memang pemberontak. Gua bukan aspirasi. Gua bkn pro-mahasiswa. Gua terbaca dalam blog pres(jangan igt gua xbaca) yg ckp ada MPP sndri yg xsokong Pres. Gua peduli hapa. Sedangkan lam pemerintahan sebenar de gak yg membantah dlm parti yg sama. Ni kan pulak dlm kampus. Gua rasa normal la tu....
