Festival Filem Malaysia di UMS??


Ini satu berita yang baik!!!


Festival Filem Malaysia dikhabarkan akan diadakan di tempat kita.. UMS dikatakan akan masuk ke dimensi baru bila mana UMS akan menjadi lokasi FFM diadakan..


Ini sudah bagus...


Berikut aku senaraikan kelebihan yang akan didapati oleh UMS sekiranya UMS menjadi hos untuk FFM....


1. Kita kena tengok aspek pembangunan untuk Sekolah Pengajian Seni. Sekurang-kurangnya segala aktiviti kesenian yang dijalankan di SPS, UMS ini akan diberi perhatian. Idea & karya yang dikeluarkan oleh mahasiswa mahupun kajian yang dibuat selepas ni pasti akan mendapat tempat di peringkat yang lebih tinggi.


2. DANA... Jangan terkejut sekiranya selepas ni, pihak SPS akan mendapat dana tambahan dari pihak FINAS untuk tujuan pembangunan idea kreatif di bidang perfileman & kesenian negara.



Apa pula kapasiti yang ada pada Universiti Malaysia Sabah sehinggakan UMS ni berjaya mendapat tempat di hati FINAS untuk diadakan FFM ni????


1.Negeri Sabah sendiri sudah terkenal dengan jenama negeri yang kaya dengan pelbagai suku kaum & budaya. Ini sebenarnya memberi peluang untuk karyawan generasi baru meneroka kebudayaan yang tak pernah ditonjolkan lagi untuk tatapan rakyat Malaysia.


2. UMS merupakan institusi pendidikan yang terulung yang pernah wujud di negeri Sabah.


3. UMS mempunyai dewan yang berkapasiti besar & mampu menampung jumlah penonton yang hadir dengan ramai. Dewan ini juga merupakan antara dewan tertutup yang terbesar yang ada di Sabah & Malaysia.


4. Kebanyakan karya yang dikeluarkan dari produk UMS ni merupakan karya yang asli & segar. Biasanya karya yang dikeluarkan kepada pihak produser filem tidak diambil serius malah ditolak. Namun akhirnya idea yang dikeluarkan melalui kaya sebelum ni telah diguna semula oleh pihak produser filem untuk dikeluarkan filem atas nama mereka sendiri.



Justeru itu, inilah yang aku boleh kongsikan dengan anda semua pembaca & pengkritik yang ada di UMS.. Sekiranya anda rasakan penganjuran ini mampu menjatuhkan nama UMS dalam dunia pendidikan. Fikirlah sendiri..


Sekian..

14 Response to "Festival Filem Malaysia di UMS??"

umsssssssssss...... said...

tapikan OPK tau tak yang MPP nak pasang memorandum untuk menghalang FFM dijalankan di UMS?

Muslimin Agung said...

Salam Wasilah Ukhuwah Fillah

Istimewa untuk team OPK yang selalu mencari cerita sensasi guna publisiti. Mohon izin saya nukilkan sedikit pandangan tentang FFM ini secara umum sahaja.

Ramai sahaja yang mengeluh kerana majlis ilmu kurang mendapat sambutan. Majlis hiburan dan hedonisme lebih makmur dan menerima kebanjiran serta tumpuan. Ada dua kemungkinan yang menjadikannya begitu sama ada sistem nilai manusia sudah rosak, atau majlis ilmu itu sendiri tidak punya nilai.

Mahasiswa hari ini dipujuk agar melupakan Akhirat. Pujukan paling berkesan adalah pada menambah perisa kehidupan melalui HIBURAN. Hidup kita hari ini menjadi 'hiburan centric'. Semua mesti ada unsur hiburan. Dari 'ringtone' telefon hingga ke majlis agama, mesti ada unsur hiburan. Jika yang ditawar hanya santapan minda, maka bersedialah untuk ramai AJK daripada peserta. Ketika orang ramai (hatta mahasiswa) keliru dan sesat akibat sekularisma, hiburan seperti ini pula disajikan sebagai 'ubat' oleh pihak yang berkepentingan dan tandus akal fikirannya.

Anonymous said...

tahniah laaa...tahniah juga coz dapat informer yg bagus!!!!!sesungguhnya hang dgn informer hang memang pengecut!!1kalau berani,betullah nak tegur, nak tegakkan kebenaran, datang secra berhadapan..jgn berselindung mcm nie..memang korg berdua sama..aku tu hang sapa..aku tau juga traitor yg jd informer ko tu..tahniah la..tanhiah untuk si gadis tu..

Anonymous said...

FFM@UMS yang jd peluang skali dlm berapa thn penganjurannya telah mmbawanya dkt kpd Sabah...
Apa yg sy ingin utarakan di sini adalah kita hndklah melihat smua ini dr sudut yg lebih luas drpd sgalanya..penah trdgr yg alsn MPP ni, dorg tk nk cemarkan prestige DC kita ni ngn progm hiburan yg melampau2(kononlah)..DC kita ni hnya utk ilmu2 syak n konvo kita nanti..
tp, dlm tidak sedar, mcmanalah konon ngn Pesta Ang Pow n Pesta Chaya???Pesta Kaamatan yg bakal mnjelang lg...
MPP ni suka sgt nk peduli ttg hal2 yg mcm ni, tp lau org tnya sal bas kita kt mana?sistem pndftran sbjk kita yg lemah?mslh hrga mknan kafe mhl?dorg tk tau nk jwb pula..
Jd nk kata apa lau org mcm tu???
Jaga kbjikan kita dulu, jgn nk peduli hal lain..lagipun Datuk NC kita dh bg green light..tk kn MPP nk Datuk NC kita malu kan????

fRom N.aFrica said...

wah...hebat mahaiswa UMS..
patut pun ums tak penah dapat ranking universiti terbaik dr sudut akademik..yg hanya mapu dikeluarkan hanyalah artis-artis..
Huh..payah2..malaysia kalau selalu buat PROGRAM HIBURAN yang mengundang artis yang dapat membawa unsur negatif kepada mahasiswa..MACAMMANA nak capai UNIVERSITI BERTARAF DUNIA??!!..patutlah pun u di malaysia low standard..fikirlah sendiriii..

balqisbaltisha said...

ok..kalo korg bijak bestari, betul2 layak masuk uni, korg fkirkanlah benda nie..

- sure ke if ffm buat kat ums, student leh control diri??band kecik buat show je, mahasiswa dah jd hantu..apatah lg yg lebih grand.

- sure ke if ffm buat kat ums, nama ums trus gah dr sudut seni???kat mana2 pun, if kita ada bakat, xperlu tumpang glamer ffm untuk martabatkan seni..

- sure ke if ffm buat kat ums, kita leh harumkan nama ums..kasi promote la kononnya..banyak lagi benda lain kita leh jdkan promosi ums..xperlu ffm yang melibatkan artis..baik kita buat festival anak seni ums..ngam apa..martabatkan anak ums,martabatkan ums..buat apa nak agung2 kan org lain..bukannya mereka leh bagi apa2 kat kita..

fkir2 kan lah..jgn di ikutkan sngt nafsu muda mudi kita..hiburan tu luas..if leh memartabatkan kita sebagai mahasiswa profesional dan matang, kita support la..p,if kita nak martabatkan org lain,buat apa??diri sendiri belom di martabatkan, dah nak martabatkan diri org lain..

APPLE MERAH said...

SALAM..Menarik tajuk ni..
Rakan-rakan dan warga UMS yang saya kira ada keintelektualan yang tinggi disebabkan anda semua adalah warga universiti.

Tokoh ketamadunan dunia pernah cakap cabaran utama dalam proses pembangunan dan perubahan ialah cabaran identiti. UMS dalam usaha untuk membangun dan melakukan perubahan? Betul tapi adakah kita mempunyai identiti sendiri? Kenapa sy ambil perkara ni untuk diperbincangkan? Saya ingin kita semua berfikir sebagai pelajar universiti yg dipandang tinggi oleh masyarakat dan bukan atas dasar emosi..Dalam usaha universiti lain ingin mencapai taraf APEX universiti, research Universiti, kita plak fikir nak nama universiti kita ni meletup dengan penganjuran FFM ni..Saya dapati ada masalah sikit kat sini..
Ada betulnya apa N. Africa cakap patut pun ums tak penah dapat ranking universiti terbaik dr sudut akademik..yg hanya mampu dikeluarkan hanyalah artis-artis..Mungkin tak salah keluarkan artis tapi klu lah kita ni semua fikir hanya FFM ni dan perkara2 yang berkaitan dengan hiburan sahaja yang mampu naikkan nama UMS dan watkan UMS terkenal nampaknya usaha untuk menuju ranking yg lebih baik tu SAMPAI BILA2 PUN TAK DAPAT. UNIVERSITI LAIN NAIK DENGAN NAMA DAN USAHA SENDIRI, INOVASI SENDIRI, HASIL CIPTAAN SENI SENDIRI TAPI NAMA UMS NAIK DENGAN USAHA MEMBENARKAN ORANG TUMPANG UNIVERSITI KITA ATAU NAK SENANG TUMPANG RUMAH KITA JA. KEJAYAAN KITA HANYA SEDIAKAN TEMPET YANG MGKN AGAK BAIKLAH. RASA MACAM MALU PULA KITA TUMPANG GLAMOUR SEBAB ORG LAIN YG ANJURKAN. JELAS KITA NI MASIH BELUM ADA IDENTITI DAN ENTITI SENDIRI UNTUK KITA BETUL2 BANGGAKAN. KITA NI BANGGA SBG TUAN RUMAH JA PUN. TUAN RUMAH TAK KE MANA.. SEBULAN DUA JE ORANG SEBUT..PASTU LUPA DAH..FIKIRLAH KALAU ANDA SAYANG UNIVERSITI KITA..

Anonymous said...

Hahaha...
Nk kata budu pun tak cz msuk U tau smua yg taip2 rasa dlm ati tu..kita skrg ni nk bincang sal sikap keterbukaan kita pd era yg mau kita bgrak k dpn, bkn ke blkg!!!
Toksah ckp sal rangking2 ums d mata dunia..siapa yg set level rank university ni???BARAT kan??so, lau hujah kita sikit2 kena refer kt diorg, apalah bezanya skrg??
Diorg punya u lglah open ngn bnda2 ni smua..tp, tetap in rank jg kn??
Cuba gtau ngn sy..apa usaha kita utk promote ums ke luar???
Hntr segerombolan sekretariat n MPP ke Indonesia?Hntr ke persidangan MPP seluruh u d Msia ni???
Kita ni student, bila org tua kita (pentadbiran dh wat kptsn, jgn nk lawan2 pula)..korunk yg tk se7 ni ibarat "mencangkul bukit ba"...
Buat malu je lau yg geng2 masjid join kt sini tp, usaha dorg sndiri tk cerminkan dorg tu berkiblatkan pd Tuhan yg satu...
so, bukan sy nk back up c OPK ni..
HARAP FAHAM N MUHASABAH SEMULA!!!

Usamah said...

hahaha jgn terbuka sangat nant bala ALLAH dtg....

Anonymous said...

Maklum balas komen d bawah.... Salam muhibbah dan salam perpaduan. Lebel UMS sebagai universiti kelas rendah kerana membenarkan hiburan dari luar masuk ke UMS saya sangkal bulat2 kerana ia membantutkan pemikiran golongan pelajar... Memang ada keburukan dan kebaikan penganjuran festival tersebut tetapi diingatkan bahawa jangan menutup pemikiran dan minda pelajar... masa kini pelajar sendiri perlu didedahkan tentang apa yang berlaku di luar sana( kehidupan sebenar dunia masa kini) jangan la kata tidak atau membantah sahaja kerana minda pelajar khususnya akan terbantut kerana sering kali aktiviti mendapat bantahan... Tentang tata cara pemakaian saya sendiri tidak akan memberi komen kerana itu mengikut pandangan individu setiap pelajar dan diri sendiri akan menilai mengenai hal tersebut. Mengenai lebel UMS sebagai universiti minda kelas rendah saya sangat tidak bersetuju kerana " jangan sahaja berbahas, ambil tindakan dan buat bancian dikalangan pelajar UMS . Jangan ikut suara segelintir pihak sahaja , dengarlah suara dari pihak yang lain.. Be profesional..".
>Student UMS sentiasa bermuka ceria di depan MPP tetapi sebenarnya membenci tingkah laku dan kerja MPP ( maaf dipohon ini dipetik dari kalangan plajar UMS sendiri. Bukan seorang dua tetapi dari ramai suara pelajar yang tidak didengar oleh MPP sendiri). Fikir kan lah sendiri tentang apa yang telah MPP lakukan daru dulu hingga kini.

P/S Ajaran Agama Jangan DI LUPA
- sekian -


From Mr.SilentMouthUMS

Anonymous said...

Kenapa MPP nak halang ffm... pesta lain dibenarkan.... Kenapa tak dapat buat profit atau duit habuan untuk korang ke??? Dengar kata pesta kenyalang pun masuk campur. Kami tahu pesta kenyalang yang pertama berjalan dengan berjaya dan gemilang. Nak dapat publisiti ke??? Jangan lah beri alasan dgn alasan dakwah walhal boleh sangkal kenapa student kurang berminat majlis ilmu
berbanding majlis hiburan. Alasan utama ialah topik, ceramah , dan format yang biasa dilakukan dan berulang ulang walaupun nama ceramah itu lain daripada nama majlis yang lain..

From Mr.SilentMouthUMS

From Mr.SilentMouthUMS

Anonymous said...

Лучшие [url=http://bukdub.ru]визитные карточки[/url]. Со страницы позволительно скачать книги про [url=http://bukdub.ru]визитки[/url], встречать координаты лучших дизайнеров, поместить примеры своих работ и познакомиться с программами для изготовления [url=http://bukdub.ru]визиток[/url].

Anonymous said...

Hello, you site is very funny he told me to cheer up .. Merry Christmas.

Anonymous said...

PRILIGY(DAPOXETINE) has been found to be safe and effective for the treatment of premature

ejaculation, according to two major clinical trials. Dapoxetine is a short-acting

selective serotonin reuptake inhibitor (SSRI).

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates