Pelajar Kecewa di Berita Harian 26 Mac 2009



Perkhidmatan bas, kakitangan UMS kurang memuaskan




SEBAGAI penuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS), saya ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan segelintir kakitangan UMS. Segala-galanya bermasalah, bermula daripada isu kakitangan UMS yang tidak berada di pejabat pada waktu yang sepatutnya hinggalah ke perkhidmatan pengangkutan bas ke kampus yang lambat dan tidak menepati jadual yang ditetapkan.


Pada 24 Mac lalu, saya mempunyai urusan mustahak di Bahagian Hal Elwal Pelajar (HEP) dengan kadar segera. Saya ke pejabat HEP tetapi diminta menunggu di luar pejabat kerana pegawai yang hendak saya bertemu tiada keluar.


Hampir dua jam menunggu, kelibat pegawai itu tidak muncul. Apabila ditanya kepada pegawai yang bertugas, mereka pun tidak tahu dan bersikap lepas tangan saja. Saya sangat kecewa dan terus beredar dari situ dengan urusan yang tidak selesai.


Saya, juga kecewa dengan mutu perkhidmatan pengangkutan bas di UMS. Sebagai pelajar, kami sememangnya perlu datang awal ke kuliah pada setiap hari tetapi ini tidak dapat dilakukan kerana kelewatan dan kegagalan bas menepati masa yang ditetapkan hampir setiap hari.


Kami juga hairan dan tertanya-tanya di manakah peranan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang sepatutnya membela kebajikan pelajar. Mereka langsung tidak prihatin atau tidak tahu tentang kesusahan kami yang menggunakan perkhidmatan bas ini.


Bayangkan, kuliah kami bermula jam 2 petang dan kami sudah dari awal lagi menunggu bas sejam lebih awal. Bas ditunggu-tunggu pula tiba lewat setengah jam iaitu pada jam 2.30 petang.


Saya sangat kecewa dengan keadaan ini kerana ia seolah-olah mengajar pelajar agar membiasakan diri lewat datang ke kuliah.


PELAJAR KECEWA,

Kota Kinabalu, Sabah.




*Siapa yang harus kita persalahkan hinggakan mahasiswa terpaksa meluahkan pendapat di media?????? Siapa yang tak menjalankan keja??? Tepuk dada tanya selera perut....

6 Response to "Pelajar Kecewa di Berita Harian 26 Mac 2009"

Zinnirah said...

Ish2, ni dah teruk ni klau masuk kat berita harian. pada saya, ada postif dan negatif dia la benda ni.

Positifnya, pihak pentadbiran ums, hep, mpp akan ambil tahu la pasal benda ni. Sebabnya, dah pun tersiar di berita harian. Harap2 ada la tindakan yang diambil.

Negatifnya, benda ni memalukan nama UMS. Kalau ada aduan pun, mungkin boleh adu kat pihak UMS. Mengadu kat Berita Harian bukan dapat ape2 pun.

Ada kemungkinan jugak, pelajar yang mengadu ke BH tu mungkin masih mentah di UMS.Kalau dah lama kat UMS, patutnya dah faham dah mcm mana UMS ni berfungsi.

Alahai. meletupnya

moonlat said...

Hebat btul!!!

Salah HEP???

Salah MPP???

Ataupun salah masa MSM dulu, mahasiswa seolah-olah xdiberitahu...

Boleh ka kita katakan salah Pengarah MSM 08/09???

Hahaha..

Anonymous said...

hmmm...
dh 2 kali rsenyer ums msk paper...
hr tu psl ptptn, ni psl bas jugak...
pd yg mengadu psl bas tu, aku pun mcm ko jugak tggu bas b'jam2...
tp xpyh la smpai bwk kuar paper...
malu lak klu org luar bce...
ko pun duk sini gak, xkn ko xsegan klu kwn2 ko tnye nnt...
n yv psl hep tu, mmg pun gitu mslhnyer...
bkn ums ada trme award ke as universiti yg agak teruk admin nye...
hai la...

nurilhakim said...

Salam all,
Secara peribadi tidak menjadi masalah menyalurkan maklumat untuk penambahbaikan melalui media prima. Ia saluran demokrasi yg terbaik, dan niat pun tentu sekali untuk membangkitkan yang lesu n mencelikkan yg pejam. Saya yakin penulis tersebut sudah puas berhempas-pulas mengusahakan perubahan dan menanti di tempat sendiri. Suara media prima suara semua, saluran rakyat. Penggunaanya secara efisien dan kemas, harus dijadikan 'common-practice'. Tiada ketakutan dalam mendukung kebenaran. Dan tiada kehinaan dalam usaha penambahbaikan. Ayuh salurkan pandangan anda!

p/s: saluran alternatif dah kena sekat kalau tak boleh salurkan kat sana. kalau lawan kutub baru menolak, kalau sama2 nih menggesek ja nnti

Maaf atas kelemahan.

Unknown said...

Salam...

Lama rasanya xmengomel di sini. Apapun, memang panas isu yang di bawa oleh OPK kali ni. Tahniah atas usaha tersebut.

Saya xberminat untuk 'mengulas' lanjut komen2/pandangan2 dari mana2 individu mengenainya secara peribadi.

Namun, ada beberapa perkara yang WAJAR & TIDAK WAJAR, BENAR & yang TIDAK BENAR dimuatkan di dalam 'rintihan' tersebut.

'Dosa besar' yang saya maksudkan tersebut ialah dengan terang lagi bersuluh pihak tersebut (bukan penulis surat itu sahaja malah semua yang berfikiran sedemikian) mengatakan yang pihak MPP LANGSUNG TIDAK PRIHATIN & MENJAGA KEBAJIKAN MAHASISWA/I UMS. Begitulah dengan singkatnya mereka berfikir.

SEJAUH MANA DAKWAAN ITU? ADAKAH BETUL MPP TIDAK MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB & MENJAGA KEBAJIKAN KITA SEMUA?

Setiap permasalahan yang berlaku berkenaan pelajar MEMANG di ambil berat oleh MPP.

Isu bas, MPP sudah membincangkan mengenai jadual terbaru. Sudah membuat hebahan & maklumkan jika ada yang tidak menepati jadual pada masa tertentu.

Mengenai kebajikan, ianya skop yang besar. Saya ambil contoh kewangan. MPP sudah lama mengeluarkan memo mengenai mana2 pelajar yang mempunyai masalah kewangan kritikal, berhubung terus dengan Presiden & memang ada tindakan selanjutnya yang di ambil.

Saya, ditemui sendiri oleh Bendahari Kehormat untuk urusan permohonan saya itu kelmarin. Kalau betul MPP tidak menjaga kebajikan kita, buat apa MPP susah2 merencana hasrat tersebut?

Mereka, mengalami masalah. Sekerap mana mereka berhubung terus dengan MPP/Pimpinan pelajar yang lain? Adakah sekerap seperti masalah (lambat tunggu bas & etc) yang menimpa mereka?

Ketika saya lambat menunggu bas (kemudiannya diberi amaran akan DIGAGALKAN oleh Pensyarah-Feb. yang lalu), saya terus mesej Presiden memaklumkannya. Dan dia memang membalas mesej tersebut. Tidak lama kemudian, khidmat bas di KKCD berjalan lancar.

Adakah merekalah (@ kita semua) yang paling bernasib malang kerana kita selalu mengalami nasib yang tidak memuaskan hati/kurang bernasib baik?

Saya fikir, ada usaha2 tertentu yang ingin mencalarkan & memburukkan lagi imej perwakilan pelajar. Dan bedebah2 sebegini akan terus wujud di UMS ini. Ada kekurangan sedikit, mulalah melenting MPP tidak berguna, tidak buat kerja & tidak menjaga kebajikan kita.. Kononnyalah..

Saya keliru adakah mereka ini betul2 membuat penilaian & pertimbangan yang sewajarnya @ x.

"Lembu punya tahi, Sapi kena marah"

balqisbaltisha said...

"Kami juga hairan dan tertanya-tanya di manakah peranan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang sepatutnya membela kebajikan pelajar. Mereka langsung tidak prihatin atau tidak tahu tentang kesusahan kami yang menggunakan perkhidmatan bas ini."

saya nak highlight kan perkataan "langsung tidak prihatin",satu penipuan yang nyata..langsung maksudnya,memang tidak pernah melakukan apa2..buta kah mata student tu???itu sy memang xleh terima..xperlu sy kupas panjang..kita teliti shj frasa ayat nie yg ketara menipu..andaikata ayt ni dah direkaciptakan utk mengelirukan org ramai,apatah lagi isi kandungan komen dia!!!lg menipu...nak tipu biarlah berasas..jom,jd MPP kejap selama seminggu..baru rasa apa yg kami rasa..

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates