Perhimpunan Aman yang "sejuk"?

Selepas digemparkan balik dengan Perhimpunan Aman oleh pihak "NGO" UMS, aku rasa isu ni aku perlu komen sket.

Aku sangat sokong dengan PErhimpunan Aman sebagai tanda protes ke atas serangan ISRAEL
(Laknatullah) ke atas Palestin. PAda pendapat aku, Perhimpunan Aman ni penting & amat
berkesan.Kita di UMS ni susah nak SEDARKAN mahasiswa dalam isu dunia camni. Tengok
la..Berapa ramai sangat yang ber kerjasama dengan pihak MPP kita (di bawah saudara Azrul)
masa diorang sibuk kempen dengan isu Palestin ni?Malah, aku sendiri pon xdapat nampak
kelibat Presiden masa MPP len dok sibuk2 kempen kesedaran mengenai isu Palestin tu...
Jadi, skang nak pulak dia sibuk2 bila orang wat Perhimpunan Aman. Perhimpunan macam ni
sbenarnya bagus bila wujud pertambahan bilangan mahasiswa yang sedar akan berlakunya kes
serangan ke atas Palestin ni. Jadi, bila wujud pertambahan, maka akan jadi lebih ramai orang
yang akan anti Yahudi & akan boikot segala barangan Israel. Maka sekurang-kurangnya kesan
daripada pertambahan orang yangs sedar akan kekejaman rejim Zionis ni, bilangan pengguna
produk & barangan yang berkaitan rejim jahat ni juga akan berkurangan. Itu yang menyebabkan aku sokong.

Selain tu, aku juga sket bangga bila hari umat Islam berkumpul untuk bersama-sama solat
Jumaat digunakan sebaiknya untuk menyedarkan umat Islam di UMS ni berkenaan isu umat di
Palestin..Tahniah buat penganjur Perhimpunan Aman ni..

Tapi, aku pelik sket la. Pres kita tahun ni aku boleh anggapkan sebagai lalang. Sekali angin
bertiup ke kiri, maka dia pun akan ke kiri. Bila angin bertiup ke arah kanan, dia pon akan
ke kanan juga. Jadi, di mana prinsip atau pegangan sebenar saudara Presiden kita ni???

*ni baru isu Perhimpunan Aman...Belum masuk isu Perhimpunan AGUNG PMUMS!

5 Response to "Perhimpunan Aman yang "sejuk"?"

Anonymous said...

hoi OPK...
cakap pulak isu Perhimpunan Agung...
ada benda yang aku tak puas kat situ?
apa tu preview ESQ? Relevan kah?
lepas tu sibuk2 pulak mantan MPP nak present tugas mereka sesi lalu?
ntah pape???
buang masa je aku kat situ...

nurilhakim said...

Salam anonymous..
Mantan MPP membentangkan gerakerja sesi lepas supaya mahasiswa dapat tahu perkembangan organisasi, apa yg dah dibuat, apa yg belum selesai dan perlu diteruskan etc. Organisasi mana pun kat dunia akan bentang gerakerja sepenggal dalam mesyuarat agung bila naik kepimpinan baru.

Mahasiswa hari ini tidak berminat melibatkan diri dalam kepimpinan, tapi lebih cenderung menghentam kepimpinan orang lain. Kalau semua merasai pengalaman memimpin, maka semua kan tahu apa yang datang dengan kepimpinan ialah amanah, pengorbanan, kritikan dan keperitan. Dan dengannya juga hadir kemanisan dan pengalaman, penghargaan dan kawan-kawan.

Kepada yang gemar mengkritik tanpa membangunkan, apa kata kita jangan biarkan ada calon menang tanpa bertanding pilihanraya akan datang? Apa kata kita pastikan pilihanraya akan datang paling ramai orang bertanding? Mungkin ada seusatu yang berharga kita kan dapat bila kita menilai dari dalam ke luar, dan bukan selamanya dari luar ke dalam.

Maaf atas kejahilan, wallahua'lam.

Anonymous said...

sokong nurilhakim...
kita ckp mcm2 sbb kite xrse...
cbe klu kite yg b'tndg, bru tau langit tu tggi ke rndh...
beri kritikan m'bangun, bkn kritikan m'bunuh...

n btw, klu dh xnk yg tu jd pres, knpe xmsk je b'tndg...
xmmpu?
then y not cri org yg kite rse mampu utk jlnkn t'jwb, n naikkan dia...
itu lg bgs dr duk mrh2, kutuk2 lps pemilihan dh hbs...
bkn blh patah blik pun selection tu..

=]

Badrulmukminin said...

salam anonymous
awakni mengkritik ikut perasaanla....cubalah kritik yang membina sikit....sayani taklah suka bermusuh sangat,tp maaflah ya....

Anonymous said...

Perhimpunan Aman yang sejuk ini sebenarnya bukanlah sejuk sgt, tetapi seju disebabka ia bukan dibuat oleh golongan mahasiswa , tetapi proksi kepada penentang kepimpinan MPP 08/09.
malah perhimpunan aman ini tidak mendapat kebenaran Universiti.
bila tanya..
mana surat kebenaran..
dijawab amirnya...
bkn ke UMS-KAL dah buat, kita boleh buat....
(aduh, pendeknya akal amir nie ya...,jwb pun terketar-ketar,kalo mcm tu , UMS-KAL harga makanan Rm4.50 , kita yang RM3.30 - RM 3.50 perlu naik juga kan....
ikut UMS-KAL)

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates