Perhimpunan Agung PMUMS Edisi 1

Banyak plak orang mintak OPK kupas pasal perhimpunan agung PMUMS hari tu. Niat OPK bukanlah nak mengutuk tanpa usul periksa. Tetapi kita sebagai mahasiswa, biar kita kupas isu ini dengan berilmiah. Jadi, jom kita mula.

Edisi satu ni, saya nak cerita pasal kehadiran mahasiswa ke perhimpunan agung. Ramai jugak yang mempersoalkan kenapa Perhimpunan Agung diadakan pada hari biasa dan bukan hari minggu. Pada hemat saya, memang sesuai dibuat pada masa hari biasa, kerana perkhidmatan pengangkutan lebih mudah didapati untuk para mahasiswa. Jadi, itu keputusan yang betul la bagi penganjur. Selama ini pun dilakukan pada hari biasa. Mungkin bagi rakan2 tahun satu tak tahu. Jadi OPK menjelaskan

Akan tetapi, terdapat sebilangan pelajar yang betul2 marah. KENAPA?? Sebabnya, mereka dipaksa untuk menghadiri perhimpunan agung tu. Rupanya sekretariat MPP banyak pulak kuasa mereka untuk menahan bas di dewan kuliah yang SEPATUTNYA membawa pelajar ke kolej kediaman masing2 ke DC. Mereka kata NC wajibkan! wah, betul ke mereka nak pakai nama naib canselor kita. Kalau wajib sangat? apa tindakan kepada beribu2 pelajar yang tak hadir? Kesian kawan2 kita. Ada yang penat, nak buat assignment la, tetapi dipaksa pula ke DC. Ish2, nanti OPK tanya NC betul ke dia wajibkan semua pelajar pergi???

Biasanya, perhimpunan agung ni akan ramai student yang nak pergi. Antara sebabnya, ialah mereka diberi peluang untuk menghentam MPP dan membawa apa jua masalah mereka kepada MPP. Tapi, kali ni, macam tak de usaha yang betul2 dilakukan untuk memastikan rakan2 kita semuanya tahu tentang perhimpunan ini. Mungkin ada, tetapi tidak mencukupi.

Haa.. setakat tula komen pasal perhimpunan agung tu. Tapi ni edisi satu je dan mengisahkan tentnag apa yang berlaku sebelum. mungkin lepas ni kita sembang2 pula tentang apa berlaku SEMASA dan SELEPAS termasuk juga apa yang MPP lakukan untuk menjawab persoalan rakan2 di perhimpunan tersebut. Jumpa lagi.


5 Response to "Perhimpunan Agung PMUMS Edisi 1"

Ira Syafirah said...

Salam.. Ak pun kupas isu ne dalam skop yang sama juga.. Well,hope tat we'll hear some more for u soon k? I'm looking 4ward untuk kupasan seterusnya.. =)

Zinnirah said...

hhm.. tunggula dulu k, mungkin ikansepat ataupun ceknang plak yang akan kupas seterusnya

Anonymous said...

Salam Membawa Ke mercun Kejayaan...

Saya rasa yang perlu disalahkan adalah MPP. Dulu masa MPP 07/08 bt Perhimpunan mcm ni ramai juga yang dtg. Boleh jadi MPP dulu ramai yang menjadi 'pujaan' dan bergelar diva mcm muslimin agong, chua, jayjay dll tu. Tp mpp skrg...hampeh.

Anonymous said...

sebenarnya, bukan mpp 07/08 yang hebat... mereka sendiri yang SS. tetapi yang pasti mpp 08/09 harus mempelajari resmi padi, makin berisi, makin tunduk seperti yang diamalkan oleh mpp 07/08.

Fiffy Fajrina said...

mpp 07/08 is better or mpp 08/09?? i wanna know.. im newbie in UMS

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates