Sengaja aku tukarkan template OPK untuk memutihkan kembali mata-mata pembaca setia & jugak pengutuk setia yang selalu singgah di OPK ni..
Template Baru



Bertindaklah, jangan sekadar cakap sahaja..


Memang diakui, terdapat perbezaan pendapat yang ketara dalam isu FFM ni. Team OPK sendiri mungkin ada yang bercanggah pendapat seperti mana yang dikomen oleh saudara nurilhakim. Tapi soal dia, bukanlah wujudnya perbezaan tersebut. Hakikatnya, manusia memang rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Jadi janganlah terkejut kalau terdapat perbezaan pendapat antara kita. Masing2 ada hujah dan pendapat masing2 kan?
Kalau betul2 tidak bersetuju dengan FFM ni, berusahalah untuk menghalangnya. Kalau berdasarkan sejarah lalu, memang sukar untuk mengubah sesuatu keputusan yang telah diambil oleh pihak pentadbiran tertinggi UMS. Jadi kepada rakan2 yang tidak menyokong FFM ini, dicadangkan supaya berusahalah macam mana pun, andainya FFM ini tidak berlangsung, maka tahniahlah kepada anda. kalau masih berlangsung, mungkin perlu menilai semula usaha anda tu.
Sekurang2 nya ada jugak rakan2 di UMS yang betul2 berusaha dan bukan sekadar berkasar bahasa sahaja...

Festival Filem Malaysia di UMS??



Pelajar Kecewa di Berita Harian 26 Mac 2009


Perkhidmatan bas, kakitangan UMS kurang memuaskan
Pada 24 Mac lalu, saya mempunyai urusan mustahak di Bahagian Hal Elwal Pelajar (HEP) dengan kadar segera. Saya ke pejabat HEP tetapi diminta menunggu di luar pejabat kerana pegawai yang hendak saya bertemu tiada keluar.
Hampir dua jam menunggu, kelibat pegawai itu tidak muncul. Apabila ditanya kepada pegawai yang bertugas, mereka pun tidak tahu dan bersikap lepas tangan saja. Saya sangat kecewa dan terus beredar dari situ dengan urusan yang tidak selesai.
Saya, juga kecewa dengan mutu perkhidmatan pengangkutan bas di UMS. Sebagai pelajar, kami sememangnya perlu datang awal ke kuliah pada setiap hari tetapi ini tidak dapat dilakukan kerana kelewatan dan kegagalan bas menepati masa yang ditetapkan hampir setiap hari.
Kami juga hairan dan tertanya-tanya di manakah peranan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang sepatutnya membela kebajikan pelajar. Mereka langsung tidak prihatin atau tidak tahu tentang kesusahan kami yang menggunakan perkhidmatan bas ini.
Bayangkan, kuliah kami bermula jam 2 petang dan kami sudah dari awal lagi menunggu bas sejam lebih awal. Bas ditunggu-tunggu pula tiba lewat setengah jam iaitu pada jam 2.30 petang.
Saya sangat kecewa dengan keadaan ini kerana ia seolah-olah mengajar pelajar agar membiasakan diri lewat datang ke kuliah.
PELAJAR KECEWA,
Kota Kinabalu, Sabah.

MPP Releven Lagikah?????


Ini bukanlah tajuk untuk kami cari kesalahan MPP...
Ini adalah tajuk yang dibuat sendiri oleh penganjur DIMAN @ AB yang akan diadakan malam ini di Dewan Kolej Kediaman AB jam 8 malam.
Diskusi Ilmiah ini akan memincangkan halatuju MPP samada masih releven atau tidak. memang menarik!!!
Ahli Panel:
1. Presiden kesayangan bebudak 1st year & 2nd year, Abang Azrul...
2. Saudara Badri Hj Bayani --> Jurucakap Bebas yang selalu menyalahkan MPP
Oleh itu, mari kita meramaikan DIMAN di AB....

2 Perkara penting!!!!!


Dalam post yang sebelum ni, mungkin ramai yang marah dengan RTJ yang meluahkan perasaannya mengenai saudara Presiden kita...
Ni 2 perkara penting yang perlu kita ambil perhatian mengenai kepimpinan MPP yang ada skang
1. Presiden, Saudara Azrul.. Mengalami perubahan pendirian setiap kali bila dia perlukan satu keputusan untuk dibuat. Sehingga kini, apa yang aku dapat katakan keputusan yang dibuat Azrul dalam isu2 berkaitan MPP biasanya dibuat oleh S/U Agungnya. BUKAN pendirian dia sendiri. Contohnya dalam pendirian dia terhadap garispanduan persembahan yang dikecam hebat oleh pensyarah di SPS. Dari sumber yang aku dapat, garispanduan ini dibuat tanpa persetujuan mahupun dibincang dengan pihak Exco Kebudayaan MPP sendiri. Keadaan ini seolah-olah menidakkan kewujudan ahli exco.
2. Gerakan MPP yang dibuat sebenarnya perjuangan peribadi Presiden yang hanya menggunakan ahli MPP sebagai tenaga kerja. Contohnya, dalam program 3S yang digerakkan oleh Naib Presiden HELWA, apa gerakan yang sebenarnya dibuat di sini??? Pada pendapat aku, ini hanya sengaja dibuat oleh Presiden untuk MENAMPAKKAN kewujudan Naib Presiden HELWA yang nampak lembik saja. Setakat nie, apa yang mahasiswa kampus dapat melalui program 3S --> Senyum, Sapa, Salam????????
Xda... Malah, geng2 MPP sendiri pon tak mengamalkan 3S.. Yang terjadi, hanyalah mahasiswa yang perlu 3S kat MPP ada la.....
Pandang, lihat, fikir & luahkan....

Pemimpin dijulang?


Gua memang pemberontak. Gua bukan aspirasi. Gua bkn pro-mahasiswa. Gua terbaca dalam blog pres(jangan igt gua xbaca) yg ckp ada MPP sndri yg xsokong Pres. Gua peduli hapa. Sedangkan lam pemerintahan sebenar de gak yg membantah dlm parti yg sama. Ni kan pulak dlm kampus. Gua rasa normal la tu....

Perhimpunan Agung PMUMS Edisi 1


Edisi satu ni, saya nak cerita pasal kehadiran mahasiswa ke perhimpunan agung. Ramai jugak yang mempersoalkan kenapa Perhimpunan Agung diadakan pada hari biasa dan bukan hari minggu. Pada hemat saya, memang sesuai dibuat pada masa hari biasa, kerana perkhidmatan pengangkutan lebih mudah didapati untuk para mahasiswa. Jadi, itu keputusan yang betul la bagi penganjur. Selama ini pun dilakukan pada hari biasa. Mungkin bagi rakan2 tahun satu tak tahu. Jadi OPK menjelaskan
Akan tetapi, terdapat sebilangan pelajar yang betul2 marah. KENAPA?? Sebabnya, mereka dipaksa untuk menghadiri perhimpunan agung tu. Rupanya sekretariat MPP banyak pulak kuasa mereka untuk menahan bas di dewan kuliah yang SEPATUTNYA membawa pelajar ke kolej kediaman masing2 ke DC. Mereka kata NC wajibkan! wah, betul ke mereka nak pakai nama naib canselor kita. Kalau wajib sangat? apa tindakan kepada beribu2 pelajar yang tak hadir? Kesian kawan2 kita. Ada yang penat, nak buat assignment la, tetapi dipaksa pula ke DC. Ish2, nanti OPK tanya NC betul ke dia wajibkan semua pelajar pergi???
Biasanya, perhimpunan agung ni akan ramai student yang nak pergi. Antara sebabnya, ialah mereka diberi peluang untuk menghentam MPP dan membawa apa jua masalah mereka kepada MPP. Tapi, kali ni, macam tak de usaha yang betul2 dilakukan untuk memastikan rakan2 kita semuanya tahu tentang perhimpunan ini. Mungkin ada, tetapi tidak mencukupi.

Perhimpunan Aman yang "sejuk"?


Selepas digemparkan balik dengan Perhimpunan Aman oleh pihak "NGO" UMS, aku rasa isu ni aku perlu komen sket.
Aku sangat sokong dengan PErhimpunan Aman sebagai tanda protes ke atas serangan ISRAEL
(Laknatullah) ke atas Palestin. PAda pendapat aku, Perhimpunan Aman ni penting & amat
berkesan.Kita di UMS ni susah nak SEDARKAN mahasiswa dalam isu dunia camni. Tengok
la..Berapa ramai sangat yang ber kerjasama dengan pihak MPP kita (di bawah saudara Azrul)
masa diorang sibuk kempen dengan isu Palestin ni?Malah, aku sendiri pon xdapat nampak
kelibat Presiden masa MPP len dok sibuk2 kempen kesedaran mengenai isu Palestin tu...
Jadi, skang nak pulak dia sibuk2 bila orang wat Perhimpunan Aman. Perhimpunan macam ni
sbenarnya bagus bila wujud pertambahan bilangan mahasiswa yang sedar akan berlakunya kes
serangan ke atas Palestin ni. Jadi, bila wujud pertambahan, maka akan jadi lebih ramai orang
yang akan anti Yahudi & akan boikot segala barangan Israel. Maka sekurang-kurangnya kesan
daripada pertambahan orang yangs sedar akan kekejaman rejim Zionis ni, bilangan pengguna
produk & barangan yang berkaitan rejim jahat ni juga akan berkurangan. Itu yang menyebabkan aku sokong.
Selain tu, aku juga sket bangga bila hari umat Islam berkumpul untuk bersama-sama solat
Jumaat digunakan sebaiknya untuk menyedarkan umat Islam di UMS ni berkenaan isu umat di
Palestin..Tahniah buat penganjur Perhimpunan Aman ni..
Tapi, aku pelik sket la. Pres kita tahun ni aku boleh anggapkan sebagai lalang. Sekali angin
bertiup ke kiri, maka dia pun akan ke kiri. Bila angin bertiup ke arah kanan, dia pon akan
ke kanan juga. Jadi, di mana prinsip atau pegangan sebenar saudara Presiden kita ni???
*ni baru isu Perhimpunan Aman...Belum masuk isu Perhimpunan AGUNG PMUMS!
Isu sejuk


Gua rasa isu ni da sejuk... Tapi gua teruskan jugak niat nk komen psl isu ni. Gua nk komen psl Perhimpunan Aman yang gua rasa bagus tapi bagai muncul ketidakpuasan hati dalam kalangan pimpinan pelajar.

Felo....!!!


Beberapa jam yang lepasaku terdengar umpatan beberapa orang pelajar yang meragui kredebiliti sesetengah felo....katenye lebih kuang cmni...
aku bengang betul ngan felo kt tempat aku,aku mintak tolong kat dia pastu dia boleh cakap kt aku awak pergila jumpe jakmas mintak tolong kat jakmas....thats all.....
haaaa.....cmne leh jd cmni ek?sape yang perlu dipertanggungjawapkan....dan apa plk tugas felo....adakah sebagai orang yang hanya melakukan spotcheck atau sebaliknya....
apapun....
ianya berbalik kepada tanggung dan jawap....

MPP sombong??????


Selasa baru-baru ni gua tau ada Perhimpunan Agung PMUS(apa-apa la). Gua tak datang. Gua bingung jugak. Cmne a gua nk dtg klu masa tu gua ada kelas? Ape xde wktu lain ke nk buat? Kite fkir a, xfkir ke org klas mlm? Tp apa2 pn, mngkin bnde ni nk da d rancang sejak awal... Gua trima gak la...

KESIBUKAN MENGEKANG MASA


OPK menghadapi waktu yang sibuk. Pelbagai tugasan yang perlu dilaksanakan. Dalam masa terdekat, akan ada cerita terbaru yang akan dikeluarkan.

Australia Trip Mantan MPP???RM5000 lbih sorg???


Gua skrg ni nga duk melangut kt dpn komputer. Gua nga fkir a. Kitorg komplen smpi bro pres ckp kna bg cdngn. Gua bkn xnk bg cdngn. Lu org ble trima ke cdngn dr pihak kiri mcm kitorg.

Jangan Cepat Menilai - Berilah Peluang


Ada seorang pelajar ni yang sebelum ni telah pun berkhidmat sebagai seorang pemimpin pelajar di kampus. Tapi ketika itu, dia bukanlah seorang yang berkuasa tetapi seorang yang harus menurut perintah. Kebetulan pula, pada sesi seterusnya dia berpeluang bertanding semula tetapi pada kali ini atas kapasiti mahasiswa yang paling berkuasa di kampus. Dia menang dan memegang jawatan tersebut.
Tetapi, ramai yang ragu2 dengan orang ini. Dia dah berpeluang menjadi pemimpin, gila kuasa ke nak pegang lagi jawatan untuk sesi yang seterusnya. Ramai yang maki hamun, yang mengutuk, yang mengata dan komplen. Namun, tak ramai yang kata berilah peluang pada dia.
Saya sendiri ragu2 dengan dia pada awal. Tetapi setakat apa yang saya lihat, orang tersebut berusaha dengan sebaiknya walaupun pada pandangan peribaid saya dia memang banyak kelemahan. Tetapi, ada ke manusia yang sempurna di dunia ini? Tidak ke kita diberi tanggungjawab untuk saling menasihati sesama manusia?Mungkin kita patut sekurang-kurangya beri peluang dahulu dan kemudiannya baru mengutuk, mencaci dan memaki hamun?

UMS? Universiti Menyusahkan Student? Xmungkin la kn...


Hellloooo...
